Malas Buat Assignment, ‘Free Rider’ Dalam Kumpulan Makan Makian Rakan! – Manis Madu
Malas Buat Assignment, ‘Free Rider’ Dalam Kumpulan Makan Makian Rakan!

Malas Buat Assignment, ‘Free Rider’ Dalam Kumpulan Makan Makian Rakan!

Kewujudan ‘free rider’ dalam kumpulan memang selalu menimbulkan masalah dan menyusahkan ahli lain. Pelajar universiti pasti pernah berpengalaman berdepan dengan golongan yang susah jalankan tugas sendiri.

 

Melalui laman MMU Confession di Facebook, sebuah tangkap layar menunjukkan kiriman e-mel berbaur kemarahan daripada seorang individu kepada individu lain menarik perhatian warganet.

Dalam hantaran tersebut, individu itu menghamburkan kemarahan kerana rakannya dipercayai mengabaikan tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan mereka.

 

Difahamkan, sudah banyak e-mel dihantar kepada rakannya itu namun tidak diendahkan.

 

Dapat dilihat melalui penulisan di ruangan e-mel tersebut, individu tersebut sangat marah dan kesal kerana tugasan yang sepatutnya dibahagi dua dan dibuat bersama namun akhirnya dia yang menghabiskan semuanya sendirian.

 

Melihat di ruangan komen, ramai warganet memuji tindakan itu kerana menganggap golongan ‘freerider’ ini perlu diberi pengajaran dan tidak patut dibiarkan lagi.

Post a Comment