Manjakan Diri Maduners Dengan 7 Cara Ini
Mesti Maduners bosan terkurung dalam rumah tetapi untuk membantu mencegah wabak Covid-19, Maduners kena tabahkan diri.
Uolss, jangan risau, Madu ada cara untuk Maduners hilangkan bosan dengan 7 cara manjakan diri di rumah! Yeah!
1. Nyala Lilin Aroma
Photo by Elina Sazonova from Pexels
Maduners yang ada masalah susah tidur boleh cuba cara ini! Nyalakan lilin aroma sewaktu hendak tidur.
Bukan saja ini salah satu cara untuk Maduners manjakan diri tetapi juga boleh membantu untuk tidur dengan nyenyak disebabkan bau aroma lilin yang menenangkan!
Tips! Maduners boleh beli lilin aroma secara online! Macam-macam pilihan bau seperti lemon, lavender, rose, vanilla dan lain-lain! Limitless choices!
2. Meditasi
Don’t worry! Maduners yang baru pertama kali nak cuba bermeditasi boleh search di Youtube! Ini Madu sediakan satu contoh video untuk Maduners!
Pastikan Maduners malapkan lampu dan nyalakan beberapa lilin aroma kerana ini akan bantu menenangkan minda dan memberi perasaan yang damai.
Maduners juga boleh pasang lagu atau bunyi semulajadi seperti burung berkicau atau ombak laut akan membantu bermeditasi dengan lebih baik!
3. Home Spa
Photo by Roberto Nickson on Unsplash
Manjakan diri Maduners dengan lakukan sendiri home spa! Berendam dalam tub sambil mendengarkan lagu yang soothing! Wow! Mesti best!
Tapi jangan risau buat Maduners yang tiada bath tub di rumah boleh cuba menghilangkan semua sel-sel kulit mati dengan mengelupas ketika mandi. Maduners hanya memerlukan loofah atau berus badan dan gel exfoliant badan.
Menghilangkan sel-sel kulit mati akan membuatkan kulit bersinar dan berasa lebih baik tentang diri Maduners! Manjahhh gitu!
4. Bermain Dengan Haiwan Peliharaan
Photo by Oleg Ivanov on Unsplash
Apabila bermain dengan haiwan peliharaan, Maduners akan berasa lebih tenang dan lebih bahagia.
Ini memberi faedah dua hala kerana bermain dengan haiwan peliharaan Maduners akan membuat mereka juga gembira! Yay! Dua-dua happy!
5. Mainkan Lagu Relaxing
Photo by Fixelgraphy on Unsplash
Maduners boleh cuba buat senarai playlist Maduners sendiri!
Omg! Macam-macam lagu Maduners boleh pilih ikut kesukaan dan kriteria Maduners sendiri! Pilihan seperti Pop, Ballad, Indie dan Madu cadangkan untuk dengan lagu genre Classical untuk dapatkan vibe relaxing!
Sambil menghirup segelas cawan kopi dan mendengar lagu favourite Maduners! Perfect!
6. Belajar Memasak
Photo by Dane Deaner on Unsplash
Untuk manjakan diri Maduners boleh cuba cari hobi baru dan salah satunya adalah dengan belajar memasak!
Inilah waktunya untuk serlah bakat Maduners yang terpendam kerana sibuk bekerja dan tidak sempat untuk mencuba resepi-resepi baru!
Belajar memasak bukan saja boleh berikan satu kepuasan yang hebat tetapi boleh membantu merapatkan diri Maduners dengan ahli keluarga jika melakukan aktiviti ini bersama keluarga.
7. DIY Manicure
Cuba sesuatu yang baru seperti melakukan DIY manicure! Membersih dan mencerahkan kuku boleh membantu menceriakan diri Maduners.
Maduners tahu tak dengan kuku yang bersih dan cantik akan tambah keyakinan diri! Plus boleh jimatkan duit dengan melakukan manicure Maduners sendiri. Olala!