Masak Daging Dalam Pembakar Roti, Tak Pasal-Pasal Rumah Terbakar!
Kewujudan alat bagi memudahkan proses memasak begitu banyak di pasaran ketika ini. Produk seperti air fryer, multi-cooker dan yang terbaru thermomix sangat laris dan menjadi kegilaan hampir semua orang.
Dek kerana keinginan untuk memasak dengan cara yang mudah, seorang lelaki menggunakan cara tidak sepatutnya hingga mengakibatkan kebakaran di rumahnya.
Menurut laporan Daily Star, lelaki berasal dari New Zealand itu menyebabkan rumahnya terbakar apabila cuba memasak stik menggunakan pembakar roti.
Difahamkan ketika kejadian, dia membiarkan stik tersebut dalam pembakar roti sementara sempat pergi ke kedai.
@itsmeju1ietteCooking steak for my boyfriend β€οΈπ₯© #foryou #cooking #chefβ¬ It’s Beginning to Look a Lot Like Christmas – Perry Como & The Fontane Sisters – πππ
Video di atas merupakan contoh trend viral yang cuba diikuti oleh individu yang menyebabkan rumahnya terbakarΒ
Apabila pulang semula ke rumah, tindakannya telah menyebabkan kebakaran dan merosakkan beberapa harta benda.
Menurut beberapa laporan, lelaki berkenaan membuat tuntutan insurans bagi menanggung kerosakan yang dialaminya.
Namun malangnya, terma polisi insuransnya telah berubah, yang mana tiada lagi perlindungan, sebaliknya hanya jumlah keseluruhan telah diinsuranskan.
Boleh kalau Maduners nak mudah memasak, tapi biarlah kena caranya ya? Utamakan keselamatan!