Bayi Menangis Di NICU Dibiarkan, Netizen Hentam Sikap Jururawat Tak Ada Etika! – Manis Madu
Bayi Menangis Di NICU Dibiarkan, Netizen Hentam Sikap Jururawat Tak Ada Etika!

Bayi Menangis Di NICU Dibiarkan, Netizen Hentam Sikap Jururawat Tak Ada Etika!

Kerjaya dalam bidang perkhidmatan memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Iyalah, melayani kerenah orang ramai memang memenatkan tetapi bila dah berada dalam bidang berkenaan perlulah bersikap profesional dan beretika.

 

Baru-baru ini, kebanyakan netizen ‘naik hantu’ terutamanya golongan wanita setelah melihat satu perkongsian dipercayai dimuat naik oleh seorang jururawat di sebuah hospital.

 

Apa yang membuatkan orang ramai begitu marah adalah video tersebut menunjukkan seorang bayi di ruangan NICU dibiarkan menangis oleh jururawat bertugas.

Lebih menyakitkan hati, caption yang ditulis pada perkongsian tersebut berbunyi seperti ini:

 

“Ko nak apa dik…menangis je kerjanya,”

 

Penggunaan latar belakang bunyi video berkenaan juga dianggap tidak sesuai dengan situasi bayi itu dan mengandungi kata-kata yang tidak sopan. Perkongsian video jururawat itu seolah-olah menggambarkan bayi berkenaan umpama beban buatnya.

 

Ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan jururawat berkenaan yang hanya sekadar melihat bayi tersebut menangis malah masih sempat merakam dan dimuat naik ke TikTok.

 

“Teruknya nurse ni tolong lah. Tak kisah la apa pun niat buat content camtu, letak audio yang mencarut camtu tak kelakar pun. Baby, anak orang. Kalau ada pilihan anak tak sakit, tak nak pun tinggal kat NICU,” 

 

Menurut mereka, seorang penjawat awam tidak sepatutnya memuat naik video seperti itu sedangkan ibu bapa bayi itu sendiri tidak diberi kebenaran untuk menjenguk anak, jauh sekali untuk mengambil video atau foto anak mereka sendiri.

 

Parents nak ambik gambar untuk tatapan peribadi pun tak boleh. Tang nurse ambik, upload letak kat TikTok tiba-tiba semua polisi boleh eh? Ethic of work?” 

 

Dalam video lain di TikTok, seorang wanita yang baru sahaja bergelar ibu berkata dia lebih rela menyewa lampu biru yang digunakan untuk masalah jaundice daripada berada di hospital. Lebih-lebih lagi jika terjumpa jururawat dengan etika seperti ini.

@putryhafiz24 sewa lampu ni kat sungai petani, kot lah ada yg memerlukan juga. #fyp #babykuning ♬ original sound – ki

Anis tak pasti situasi sebenar yang berlaku ketika itu tetapi perbuatan memuat naik video sedemikian sangatlah tidak profesional. Lebih-lebih lagi digunakan untuk keadaan bayi yang kurang sihat. Common sense please!

Post a Comment