Mata Arnab Buta Sebab Uji Produk Kosmetik, ‘Save Ralph’ Tunjuk Realiti Dunia Kosmetik – Manis Madu
Save Ralph

Mata Arnab Buta Sebab Uji Produk Kosmetik, ‘Save Ralph’ Tunjuk Realiti Dunia Kosmetik

Wujud? Ya memang wujud, penggunaan haiwan sebagai salah satu bahan untuk uji sama ada produk kecantikan atau kosmetik ini sebenarnya sudah diamalkan sejak tahun 1920-an lagi.

Macam-macam kempen yang telah dibuat oleh organisasi-organisasi yang mempertahankan hak-hak haiwan ini tapi berkesan ke?

 

Baru-baru ini, sebuah akaun Youtube telah melancarkan sebuah kempen terbaru iaitu ‘Save Ralph’ yang mana menceritakan tentang seekor arnab yang hidup sebagai bahan uji kaji makmal.

 

Ramai yang terkesan dengan video ini dan nampaknya sejak video ini dilancarkan, banyak pihak yang mulai sedar akan hakikat sebenar seksaan yang diterima haiwan-haiwan itu apabila diuji di makmal.

 

Beberapa potongan dialog yang menyentuh hati penonton dari Ralph seperti ‘Ini bukan masalah besar, hanya sakit ketika saya bernafas atau bergerak sahaja’.

 

Ini menunjukkan bahawa haiwan-haiwan ini benar-benar dalam kesakitan apabila perkara asas seperti bernafas pun menerima kesan daripada ujian-ujian tersebut.

 

Melalui kempen ‘Save Ralph’ ini, beberapa nama besar selebriti seperti Zac Efron dan Taika Waititi membuktikan bahawa mereka juga memberi sokongan penuh terhadap kempen ini.

 

Jadi, selepas menyedari hakikat sebenar dunia kecantikan dan kosmetik ini, diharap Maduners semua dapat membantu dalam menyedarkan masyarakat mengenai perkara ini.

 

Gunalah produk yang tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujikaji mereka!

Post a Comment