Maut, Niat Tambah Kecantikan Seorang Model Kecundang Ketika Rawatan ‘Sedut Lemak’ Di Cheras!
Siapa sahaja tak nak rasa cantik kan? Terutama sekali semasa hari-hari penting seperti hari perkahwinan, mesti nak dapatkan rawatan extra untuk tampil lebih berseri.
Namun nasib tidak menyebelahi model Coco Siew Zhi Shing yang berumur 23 tahun ini kerana dia telah disahkan meninggal dunia ketika ingin membuat rawatan liposuction di sebuah klinik kecantikan Cheras.
*liposuction= sedut lemak
Sumber Gambar: Facebook
Menurut Sin Chew Daily, mendiang ingin membuat prosedur tersebut di bahagian lengan sebagai persiapan untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada tahun depan.
Abang mendiang memberitahu kepada Sin Chew Daily bahawa iklan bagi pakej sedutan lemak yang berharga RM 2,500 telah dijumpai melalui Internet oleh Siew.
Sumber Gambar: Facebook
Siew yang sepatutnya menjalani pembedahan itu pada hari sabtu, 17 Oktober lalu mula rasa tidak sihat selepas setengah jam setelah menerima suntikan bius daripada ‘doktor’ di klinik kecantikan itu.
Rakannya yang tidak sedap hati telah bergegas memanggil ambulans dan Siew dikejarkan ke hospital. Malangnya, dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal tepat pada pukul 5 petang.
Selepas siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, pemilik pusat kecantikan itu mengaku bahawa mereka tidak beroperasi dengan lesen klinik estetik yang sah, malah hanya beroperasi di bawah salun kecantikan biasa sahaja. Tak sangka ada orang berani buat begini!
Sumber Gambar: Citizens Journal
Laporan China Press mengatakan bahawa, semua posting di akaun media sosial pusat kecantikan terbabit telah dipadam dan mereka masih belum meminta maaf atas kesilapan besar yang telah dilakukan.
Menurut Astro Awani pula, pemilik pusat kecantikan itu sudah ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan dan punca sebenarnya kematian gadis ini masih belum dikenal pasti.
Untuk Maduners di luar sana, pastikan buat research yang mendalam mengenai klinik-klinik kecantikan sebelum membuat prosedur yang berisiko seperti liposuction ini, nak cantik boleh tapi sayangilah nyawa juga.
~Stay Safe Maduners!~