Scold’s Bridle, Topeng Hukuman Untuk Wanita Yang Suka Membawang! – Manis Madu
Topeng Hukuman Untuk Wanita Yang Suka Membawang

Scold’s Bridle, Topeng Hukuman Untuk Wanita Yang Suka Membawang!

Kalau zaman 2020 ini, makcik-makcik yang kuat membawang paling teruk pun akan dikecam di media sosial.

 

Tapi berlainan pada 200 atau 100 tahun yang dahulu, terdapat hukuman ‘istimewa’ yang dikenakan kepada wanita-wanita yang suka bergossip. Dahsyat betul!

Scold’d Bridle? Apa tu?

Brimstone-(2016)

Sumber Gambar: www.imdb.com

Hukuman ini dipanggil sebagai Scold’s Bridle, topeng yang berfungsi untuk menyeksa dan memalukan si pemakai di khalayak ramai.

Topeng ini mempunyai bridle-bit, iaitu besi panjang yang dimasukkan ke dalam mulut penyalah. Ianya adalah bagi memastikan lidah mereka tidak bergerak dengan tujuan untuk memberhentikan sebarang aktiviti oral seperti makan, minum dan bercakap.

 

Kesan sampingan pula, pemakai akan berasa letih di bahagian mulut dan mengeluarkan air liur secara berlebihan.

scolds-bridle-7-768

Sumber Gambar: Vintagenewsdaily

Tak cukup dengan itu, sesetengah topeng mempunyai bentuk pelik seperti tanduk dan telinga keldai. Ada juga topeng yang mempunyai loceng yang fungsinya adalah untuk mengalih perhatian orang ramai kepada penyalah. Seram dan kejam!

 

Kalau dikenakan hukuman pakai topeng yang ada loceng itu mesti malu kan?

Siapa Yang Akan Dikenakan Hukuman Ini?

Siapa sebenarnya yang akan dikenakan hukuman sebegini? Wanita yang membawang jerr ke?

 

Jawapannya bukan! Wanita tua atau isteri yang kuat membebel akan dipakaikan topeng ini. Hukuman akan dilaksanakan atas permintaan suami mereka. Arghhh geram pula Madu! Tak adil langsung!

Scoldengravingalpha

Sumber Gambar: Wikipedia

Wanita-wanita yang dianggap sebagai ahli sihir juga akan dikenakan hukuman bagi mengelakkan mereka membaca mantera-mantera yang tidak diingini.

 

Kalau zaman ini wanita mempunyai kebebasan untuk berekspresi, namun tidak pada masa dahulu! Ucapan wanita dianggap sebagai sia-sia dan membosankan.

Scolds-bridle-Medieval-instrument-against-women-chatter

Sumber Gambar: viola.bz

Sesiapa yang lantang menyuarakan pendapat di publik dianggap sebagai penjenayah dan akan dikenakan hukuman Scold’s Bridle ini.

 

Jadi bersyukurlah Maduners hidup pada zaman ini.

Untuk pengetahuan extra, hukuman ini asalnya dikenalkan di Scotland seawal tahun 1500. Bentuk hukuman ini kemudiannya disebarkan ke Eropah seperti negara Jerman.

 

Ianya hanya dimansuhkan oleh Penal Kod British pada tahun 1967.

Betapa susahnya untuk menjadi kaum wanita pada zaman dahulu kan?

Post a Comment