Maybank Sama-Sama Lokal Buka Peluang Untuk Peniaga Kecil Jana Pendapatan Dalam Talian – Manis Madu
Maybank Sama-Sama Lokal Buka Peluang Untuk Peniaga Kecil Jana Pendapatan Dalam Talian

Maybank Sama-Sama Lokal Buka Peluang Untuk Peniaga Kecil Jana Pendapatan Dalam Talian

Sedang kita duduk di rumah kerana pandemik Covid-19 dalam keadaan senang dan cukup makan, terdapat mereka di luar sana sedang bergelut untuk memenuhi keperluan harian.

 

Mereka yang berjualan di tepi jalan, pelbagai jenis perniagaan kecil dan juga perniagaan tempatan antara yang terkena tempiasnya.

 

Dengan larangan untuk tidak boleh makan di kedai atau premis di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), vendor tempatan kini hanya bergantung kepada khidmat penghantaran (delivery) untuk terus bertahan.

 

Platform penghantaran makanan membolehkan peruncit menghubungi pelanggan tetapi transaksi itu akan dikenakan komisen yang besar dan mungkin tidak mampu dimiliki oleh semua orang.

small business fighting for survival

Memetik laporan The Star, kini Maybank menyediakan platform untuk peniaga tempatan mengiklankan perniagaan mereka secara dalam talian melalui platform digital Sama-Sama Lokal secara percuma dengan komisen 0%!

 

Tidak kira apa jenis perniagaan dari perniagaan dari rumah, penjaja di tepi jalan hingga restoran atau kedai haiwan semua boleh menggunakan platform ini.

Sama-Sama Lokal_Peniaga Kecil

Menariknya, tidak seperti platform penghantaran lain, Sama-Sama Lokal tidak akan mengenakan komisen atau bayaran kepada peniaga. Maksudnya, peniaga dapat menyimpan 100% dari hasil pendapatan mereka.

 

Paling Madu suka, peniaga yang mendaftar di bawah Sama-Sama Lokal tidak perlu risau jika tidak mempunyai kemahiran teknologi kerana mereka akan dibimbing bermula dari ‘mendirikan kedai’ sehingga selesai pesanan pertama mereka dalam platform ini.

 

Kakitangan Maybank juga akan berusaha mencari peniaga yang kurang mahir dalam teknologi untuk membantu mereka memulakan perniagaan mereka secara dalam talian termasuk cara mengambil gambar, memuat naik gambar sehingga proses pesanan selesai.

Meskipun platform Sama-Sama Lokal tidak mengenakan bayaran atau komisen, mereka masih memerlukan pesanan korang!

 

So, kalau tengah lapar atau tengah fikir apa nak makan, jom kita sama-sama jaga lokal dengan cara pergi ke Sama-Sama Lokal untuk dapatkan makanan kegemaran korang.

 

Caranya mudah saja, Maduners cuma perlu log masuk ke aplikasi Maybank2U MY dan cari Sama-Sama Lokal di bar menu sebelah kiri atas.

Sama-Sama Lokal on M2U App_Enjoy

Mulai 1 Julai hingga 31 Ogos, nikmati 30% diskaun (sehingga RM10) dan juga RM10 potongan untuk penghantaran dengan berbelanja minimum RM30. Sehingga RM20 penjimatan untuk setiap pesanan!

Post a Comment