Maybank2u Tidak Boleh Di Akses, Maybank Cadang Guna Aplikasi MAE Untuk Sementara Waktu
Kecoh pagi ini apabila laman perbankan dalam talian nombor 1 di Malaysia, Maybank2u mengalami masalah untuk diakses oleh penggunanya.
Tolonglah maybank jangan nak problem time2 macam ni 😭 nak renew lesen unit trust ni tauuuuu 😭😭😭
— CEKNA JUAL EYELINER & JEWELLERIES 🇲🇾❤ (@ceknaaaaa_) November 30, 2020
Ramai yang merungut di media sosial Twitter kerana menganggu aktiviti seharian mereka yang menggunakan Maybank2u untuk berurusan terutamanya untuk para peniaga secara atas talian.
Nak proceed order customer time ni lah maybank problem login.
— khairun (@NysaZamri) November 30, 2020
Akaun media sosial Maybank di Twitter juga telah mengakui masalah yang dialami secara pantas dan mengatakan mereka akan secepat mungkin menyelesaikan masalah tersebut.
@MyMaybank website + app semua down ke? semua xleh akses ni
— Vezict Wassersztrom (@vezict) November 30, 2020
Masalah tersebut bukan sahaja menjejaskan laman sesawang Maybank2u, tetapi juga memberi kesan kepada aplikasi mudah alihnya. Dua-dua juga tidak boleh diakses.
Kami sedang cuba untuk mengembalikan sistem beroperasi seperti biasa secepat yang mungkin. Secara alternatif, anda boleh menggunakan MAE Maybank App untuk melakukan transaksi. Terima kasih di atas kesabaran dan kerjasama anda. (2/2)
— Maybank (@MyMaybank) November 30, 2020
Tetapi menerusi laman media sosial Twitter, Maybank telah memberi penyelesaian segera buat sementara waktu untuk menggunakan aplikasi MAE untuk gunakan perkhidmatan Maybank.
MAE adalah aplikasi eWallet yang baru dilancarkan Maybank tahun ini. Tetapi fungsinya dilihat tidak jauh berbeza dari Maybank2u, cuma wujud beberapa fungsi tambahan yang tidak ada di aplikasi mudah alih Maybank2u.