Mekap Artis Lelaki Marah Wanita Tak Berhenti Bercakap Waktu Disolek – Manis Madu
Mekap Artis Lelaki Marah Wanita Tak Berhenti Bercakap Waktu Disolek

Mekap Artis Lelaki Marah Wanita Tak Berhenti Bercakap Waktu Disolek

Sebagai seorang jurusolek, pasti pelbagai kerenah dan situasi sudah dihadapi ketika menjalankan tugas. Kerenah pelanggan satu hal, kadang-kadang ditambah pula kerenah ahli keluarga pelanggan. Pening kepala!

 

Baru-baru ini seorang wanita ada memuat naik video ketika dia disolek seorang jurusolek lelaki.

Wanita itu dilihat sedang bercakap-cakap dengan rakannya ketika MUA tersebut ingin memakaikan lipstick di bibirnya. MUA itu kelihatan struggle kerana bibir wanita itu bergerak-gerak.

 

Di penghujung video, MUA itu agak beremosi dan memarahi wanita tersebut kerana tidak berhenti bercakap.

mekap 2 (1)

“Kak boleh diam dulu tak? Tak kemas saya buat lipstick,” ujar MUA tersebut.

 

Wanita itu membalas dengan berkata, seorang MUA profesional pasti boleh menjalankan tugas tidak kira apa situasi pelanggan.

 

“Eh bang, kenapa cakap macam tu? Abang kalau MUA profesional, orang nak bercakap pun tetap boleh buat bibir ni dengan baik,” balas wanita itu.

 

“Yang salah MUA nya atau aku?” tulis keterangan dalam video berkenaan.

 

Meninjau ke ruangan komen, netizen menyalahkan wanita itu kerana tidak memberi kerjasama yang baik dan menyukarkan kerja MUA tersebut. Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat video itu telah dirancang dan hanya content semata-mata.

Post a Comment