Beauty With Brain, Hawa Rizwana Raih Keputusan Cemerlang Dalam Pengajian Peringkat Sarjana! – Manis Madu
Hawa Rizwana Raih Keputusan Cemerlang Dalam Pengajian Peringkat Sarjana

Beauty With Brain, Hawa Rizwana Raih Keputusan Cemerlang Dalam Pengajian Peringkat Sarjana!

Pembaca berita dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana memang sudah tidak asing dalam industri seni tanah air. Umum mengetahui, meskipun figura ini sudah bekerjaya namun dia dikenali sebagai seorang wanita yang amat mementingkan pelajaran!

 

Baru-baru ini, Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Binti Ahmad Redzuan telah berkongsi keputusan cemerlang yang diperoleh dalam pengajian peringkat Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Gadis manis ini berjaya menamatkan pengajian dengan mendapat keputusan cemerlang iaitu pointer 3.78 dalam bidang komunikasi massa.

 

Dalam perkongsian yang sama, dia telah meluahkan rasa syukur atas pencapaian tersebut dan lega kerana dapat menamatkan empat semester dengan keputusan yang cemerlang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAWA RIZWANA REDZUAN (@hawarizwana)

Hasil kerja keras yang diusahakannya sejak 2019 sebagai seorang pelajar separuh masa yang perlu bekerja dalam masa yang sama disifatkan begitu berbaloi setelah memperoleh Master dalam bidang yang diminati.

 

Berikutan perkongsian yang menginspirasikan tersebut, ruangan komen Hawa dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis serta peminat atas kejayaannya.

 

Teruskan berinspirasi dan selamat maju jaya Hawa!

Post a Comment