“Menteri Pendidikan Buat Apa Dekat Ibu Saya?” Perkongsian Anak Cikgu Tentang ‘Sengsara’ Ibu Undang Perhatian – Manis Madu
“Menteri Pendidikan Buat Apa Dekat Ibu Saya?” Perkongsian Anak Cikgu Tentang ‘Sengsara’ Ibu Undang Perhatian Netizen

“Menteri Pendidikan Buat Apa Dekat Ibu Saya?” Perkongsian Anak Cikgu Tentang ‘Sengsara’ Ibu Undang Perhatian

Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial TikTok yang di muat naik kembali ke Twitter mendapat perhatian dan tumpuan netizen apabila seorang individu yang juga anak kepada seorang guru bertindak meluahkan rasa simpati terhadap ibunya yang tertekan gara-gara beban kerja yang terlalu banyak di sekolah.

 

Melalui tangkap layar berkenaan, difahamkan ibu kepada individu berkenaan terpaksa berhenti kerja sebagai pendidik berikutan terlampau banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan di sekolah.

Lebih menarik perhatian, ruangan komen dalam hantaran tersebut terdapat beberapa anak guru yang mengadu hal yang sama berlaku kepada ibu mereka.

 

“Bila kenang balik macam mana ibu aku buat kerja, kalah aku yang muda. Pukul 3 pagi lagi dah tanda buku. Sampai ada satu masa tu pengsan kat sekolah,”

 

“I anak cikgu juga. Memang kesian tengok my mom. Hari hari balik lambat, weekend nak kena tanda buku/kertas ujian. Macam dah takda life,” 

 

Dalam pada itu, terdapat juga komen daripada netizen yang sebahagiannya adalah pendidik di sekolah berkata, mereka keliru dengan tugas sebenar kerana kadang-kadang terpaksa membuat urusan dan kerja yang tiada kena mengena dengan ‘job scope’ seorang guru.

 

“Ya betul. Aku kadang keliru job scope aku apa benda. Menyelenggara fail, mengajar, pastu buku itu ini nak kena tanda. Tak boleh bagi gagal pulak tu,”

 

Selain itu, ada juga yang menyalahkan sistem pendidikan yang bercelaru selain tenaga pengajar yang tidak mencukupi bagi menampung keperluan guru di sekolah.

 

Semoga para pendidik diberi kesabaran dan kekuatan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang guru!

Post a Comment