Model Malaysia, Vanizha Vasanthanathan Curi Tumpuan Di Minggu Fesyen Milan! – Manis Madu
Model Malaysia, Vanizha Vasanthanathan Curi Tumpuan Di Minggu Fesyen Milan!

Model Malaysia, Vanizha Vasanthanathan Curi Tumpuan Di Minggu Fesyen Milan!

Kalau Maduners gemar ambil tahu tentang fesyen, Milan Fashion Week pasti bukan satu perkara asing buat korang.

 

Milan Fashion Week merupakan antara minggu fesyen terkenal sebaris dengan Paris Fashion Week, London Fashion Week dan New York Fashion Week (dikenali sebagai Big Four).

 

Berlangsung selama seminggu bermula 22 Februari hingga 28 Februari lalu, Milan Fashion Week menampilkan barisan pereka fesyen hebat dengan keluaran koleksi terbaru yang diperagakan oleh model dan selebriti terkenal.

Model asal Malaysia, Vanizha Vasanthanathan mencuri tumpuan ramai ketika memperagakan busana daripada ACT N ° 1 dan juga Marco Rambaldi, Vanizha untuk koleksi Musim Gugur / Musim Sejuk 2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #Vanizha (@vanizhavasanthanathan)

Untuk pengetahuan Maduners, Vanizha adalah model profesional dan penari Odissi terlatih di Malaysia. Beliau merupakan rakyat Malaysia berbangsa India pertama yang terlibat dengan kempen Sephora.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #Vanizha (@vanizhavasanthanathan)

Selain itu, wanita berusia 28 tahun ini juga pernah terlibat dengan acara antarabangsa lainnya seperti Lakme Fashion Week, China Fashion Week dan Jakarta Fashion Week.

Post a Comment