Momiji Nishiya Antara Atlet Termuda Di Olimpik Tokyo, Cipta Rekod Pemegang Pingat Emas!
0 comments
Atlet papan selaju Jepun, Momiji Nishiya menjadi antara atlet paling muda yang merangkul pingat emas di sukan Olimpik, lapor Daily Star.
View this post on Instagram
Atlet berusia 13 tahun itu meraih pencapaian berkenaan ketika perlawanan yang diadakan di Tokyo pada Isnin lalu.
Momiji berjaya mencipta rekod sebagai pemenang termuda dalam sejarah permainan itu dengan kedudukan mata 15.26!
Untuk rekod, acara papan selaju merupakan lima acara baharu yang dipertandingkan dalam edisi Olimpik kali ini.
Selain atlet Jepun itu, perenang Amerika Syarikat, Marjorie Gestring pernah mencatat rekod sebagai pemenang pingat emas Olimpik termuda ketika berusia 13 tahun pada 1936.
Sumber Gambar: Daily Star