Muat Naik Rakaman Pelanggan Wanita Tidak Puasa, Netizen ‘Basuh’ Pekerja Restoran Makanan Segera – Manis Madu
Muat Naik Rakaman Pelanggan Wanita Tidak Puasa, Netizen ‘Basuh’ Pekerja Restoran Makanan Segera

Muat Naik Rakaman Pelanggan Wanita Tidak Puasa, Netizen ‘Basuh’ Pekerja Restoran Makanan Segera

Telah tular di laman Twitter satu video yang dimuat naik seorang pekerja restoran makanan segera di platform TikTok yang menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) gelagat tiga orang wanita didakwa tidak berpuasa.

 

Menerusi rakaman berkenaan, pekerja tersebut menyelar tindakan tiga orang wanita yang dikatakan memesan beberapa menu dan makan di dalam restoran itu.

 

“Kepada 3 orang akak yang pakai tudung tadi datang order nugget 9 pcs cheesy fries, air mineral dan ice lemon tea the duduk makan kat situ nak tanya tak ada rasa serba salah ke dengan customer lain yang puasa?” tulis pekerja tersebut dalam videonya.

 

Perkara tersebut mendapat reaksi yang berbeza apabila dimuat naik @amyranadyaa di laman Twitter yang rata-rata tidak berpuas hati dengan pekerja itu.

“Ada staff Burger King post rakaman cctv tunjuk 3 orang perempuan tak puasa. Mana tau diorang pregnant ke, sakit ke?? None of your business okay,” tulis Amyra dalam ciapannya.

 

Kebanyakan netizen berpendapat, melihat wanita bertudung tidak berpuasa tidak seharusnya dijadikan isu memandangkan wanita mempunyai kelebihan ‘istimewa’ jika tidak berpuasa.

 

“Perempuan, lain cerita. Memang ada yang berani makan dekat public masa bulan puasa sebab period. Tapi bagi aku lantak dia lah nak makan ke tak janji bukan lelaki,” komen seorang netizen.

 

Selain itu, netizen juga menyifatkan pekerja berkenaan bersifat keanak-anakan kerana boleh tergugat dengan hanya melihat wanita-wanita itu makan.

 

““Respect fasting people” Eh hello??? Kau umur nerapa? Dah besar panjang, puasa setiap tahun, tengok orang makan sikit iman terus tak kuat ke?” komen @picsesinme

 

“Apa masalah risau sangat orang makan time bulan puasa depan korang. Makan jela, jilat-jilat jari pun orang tak kisah la. Nipis sangat iman tu tengok orang puasa pun tak boleh,” tambah netizen lain.

 

Difahamkan, video yang dimuat naik akaun TikTok itu sudah dipadamkan pemilik asal.

Post a Comment