Mujur Semua Selamat! Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Terbunuh Gara-Gara Keracunan Gas Karbon Monoksida – Manis Madu
Mujur Semua Selamat! Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Terbunuh Gara-Gara Keracunan Gas

Mujur Semua Selamat! Wanita Kongsi Pengalaman Hampir Terbunuh Gara-Gara Keracunan Gas Karbon Monoksida

Tragedi keracunan gas karbon monoksida bukan menjadi satu perkara asing dalam masyarakat kita. Pernah berlaku beberapa insiden meragut nyawa disebabkan oleh gas beracun ini.

 

Jika sebelum ini tragedi berkaitan gas ini terjadi kepada kenderaan yang tidak bergerak namun, sebenarnya kebocoran gas ini juga boleh berlaku pada kereta yang bergerak!

 

Menurut coretan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nur Jalilah Leyla, wanita ini berkongsi kejadian yang hampir meragut nyawanya sekeluarga.

 

Difahamkan ketika itu, Jalilah bersama mertua dan tiga orang anaknya dalam perjalanan balik ke Selangor. Pada awal perjalanan, semuanya masih dalam keadaan baik dan tiada apa-apa perkara pelik dikesan.

 

Maduners boleh baca kronologi kejadian ngeri itu di bawah:

fb post 1 (1)
fb post 2 (1)

Ternyata punca keadaan itu berlaku adalah kerana ada kebocoran pada bahagian exhaust menyebabkan mereka satu keluarga keracunan gas berbahaya itu.

 

Jalilah juga mengucapkan rasa syukur kerana nalurinya sebagai ibu membuatkan dia sedar ada sesuatu yang lain berlaku pada anaknya.

 

“Syukur ya Allah, Allah berikan naluri yang tepat pada umi dan pantas sedar bila Deeja lain macam lembik dan tak sedar masa tu.   jam 3 pagi baru la doktor lepaskan kami balik. Alhamdulillah umur kami semua masih panjang,” luahnya.

 

Wanita itu juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga berbangsa Cina yang membantu mereka sekeluarga ketika kejadian itu berlaku.

Post a Comment