MV Ayda Jebat Parah-Parah Trending Di Youtube, Ustazah Asma Beri Teguran – Manis Madu
MV Ayda Jebat Parah-Parah Trending Di Youtube

MV Ayda Jebat Parah-Parah Trending Di Youtube, Ustazah Asma Beri Teguran

Sejak mendirikan mahligai bahagianya bersama Nabil Mahir pada bulan lepas, nama Ayda Jebat kini tidak lekang dengan kontroversi.

 

Setelah hari bahagianya itu, Ayda hangat diperkatakan ekoran video-video bersama suaminya yang dikongsikan di Instagram buat tatapan umum.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Kali ini, muzik video terbarunya yang bertajuk Parah-Parah yang dimuat naik pada Disember tahun lalu pula menjadi bualan hangat netizen.

MV berkenaan menjadi kontroversi setelah mendapat perhatian dari Ustazah Asma Harun, pendakwah terkenal yang menyifatkan MV itu sebagai menjatuhkan martabat seorang wanita serta mempunyai unsur-unsur yang agak keterlaluan.

Tambah Ustazah Asma lagi, mengenangkan akhir zaman yang semakin hampir serta pandemik Covid-19 yang teruk melanda dunia sekarang, isu seperti ini tidak seharusnya berlaku.

 

“Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini”.

 

“Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel”.

 

“Dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan”.

 

“Sungguh dukacita ini bertambah, dalam situasi musibah pandemik dan pelbagai tanda akhir zaman dan kiamat semakin hampir, janganlah kalian menjadi sebahagian daripada penyubur Fitnah Akhir Zaman,” kogsinya di Facebook miliknya.

 

“Kalian bangga menjadi Top 10 youtube, bangga dengan maksiat yang dilakukan secara terbuka, bangga menjatuhkan maruah Wanita Islam, bangga menambahkan koleksi si pemuas nafsu?

 

“Saya tahu kamu adalah seorang muslimah, saya tak pasti samada penari iringan islam atau tidak. Saya juga tak pasti, penerbit, pengarah, penyunting, penulis lirik, kareografi tarian dan semua pihak yang terlibat muslim atau tidak, namun kalian semua terlibat,” tegasnya.

Post a Comment