MyDebit Cash Out Kenakan Caj 50 Sen Mulai 1 Julai? – Manis Madu
MyDebit Cash Out Kenakan Caj 50 Sen Mulai 1 Julai_

MyDebit Cash Out Kenakan Caj 50 Sen Mulai 1 Julai?

Mulai Julai 2022, beberapa institusi bank di Malaysia akan mengenakan caj perkhidmatan berjumlah RM0.50 sen bagi setiap urusan MyDebit Cash Out.

 

Menurut Sinar Harian, MyDebit Cash Out dikatakan sebagai salah satu kaedah paling mudah dan menjadi pilihan orang ramai untuk urusan pengeluaran wang. Alliance Bank dan CIMB Bank telah membuat pengumuman caj 50 sen dikenakan bagi setiap transaksi tunai bagi setiap pemegang kad MyDebit.

 

Untuk pengetahuan Maduners, beberapa institusi bank akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 50 sen bermula 1 Julai 2022.

 

Antara institusi bank yang terlibat mengenakan caj adalah:

  • CIMB Bank
  • HSBC Bank
  • Bank Islam
  • OCBC
  • Standard Chartered 

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

Walau bagaimanapun, PayNet yang merupakan penyedia MyDebit Cash Out masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hal tersebut.

 

Bank lain yang menerima MyDebit Cash Out seperti Affin Bank, Maybank, Public Bank, UOB dan lain-lain tidak membuat pengumuman atas sebab tertentu tetapi pengeluaran tunai masih akan dikenakan yuran 50 sen.

 

Dalam pada itu, perkhidmatan PayNet yang lain sepert DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank tidak terjejas oleh perubahan ini.

Post a Comment