Bukan Setakat Boleh ‘Hide Status’, Fitur Terbaru WhatsApp Buat Ramai Teruja! – Manis Madu
Bukan Setakat Boleh ‘Hide Status’, Fitur Terbaru WhatsApp Buat Ramai Teruja!

Bukan Setakat Boleh ‘Hide Status’, Fitur Terbaru WhatsApp Buat Ramai Teruja!

Aplikasi WhatsApp seolah-olah menjadi satu platform wajib di muat turun dalam setiap telefon pintar. Hampir semua urusan tidak kira rasmi atau tidak rasmi akan menggunakan aplikasi ini sebagai platform berkomunikasi.

 

Terbaru, pengguna aplikasi WhatsApp kini boleh menyembunyikan foto profil, ‘last seen’, ‘about’ dan ‘status’ daripada orang tertentu.

Platform ini telah memperkenalkan pilihan ‘Kecuali Kenalan Saya…’ atau ‘My Contact Except…’ baharu, yang membolehkan pengguna menyekat maklumat daripada kenalan tertentu.

 

Pengguna sebelum ini hanya mempunyai tiga pilihan privasi untuk dipilih, iaitu ‘Everyone’, ‘My Contact’ dan ‘Nobody’.

 

Ciri baharu ini boleh diakses melalui tetapan aplikasi, di bawah menu Privasi.

 

Wah, dulu boleh hide status jerr, sekarang ‘Last Seen’, ‘Profile Picture’ dan ‘About’ pun boleh pilih nak hide atau tak!

Post a Comment