Nak Bercuti Dengan Keluarga? Destinasi Terbaik Untuk Family Day! – Manis Madu
Nak Bercuti Dengan Keluarga Destinasi Terbaik Untuk Family Day! (1)

Nak Bercuti Dengan Keluarga? Destinasi Terbaik Untuk Family Day!

Harini, Madu nak bagitahu tempat yang best untuk buat family day di 3 negeri berbeza!

 

Jadi jom kita tengok satu-satu tempat best untuk lepak dengan keluarga kita!

#1 Selangor (Rumah Kebun)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rumah Kebun (@rumah.kebun)

Ada banyak tempat di Selangor ini tapi Madu nak bagi tempat yang Madu rasa paling best!

 

Rumah Kebun ini terletak di negeri Selangor dan ianya berkonsepkan suasana yang kampung dan alam flora yang sumpah tenang gila!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rumah Kebun (@rumah.kebun)

Selain itu, Rumah Kebun ini juga dipenuhi dengan pokok-pokok, kolam dan ada tempat penginapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rumah Kebun (@rumah.kebun)

Rumah Kebun ini terletak di kawasan Hulu Langat jadi kalau anda dah rancang nak adakan hari keluarga, boleh orang Selangor jadikan tempat ini salah satu pilihan anda!

#2 Terengganu (Pantai Tanjung Jara)

Pantai Tanjung Jara

Okay, sekarang ini Madu nak bagi tahu kawasan yang ada pulau dan pantai-pantai pula.

 

Kalau cerita pasal Pantai Timur, memang banyak pantai dan pulau.

 

Jadi Terengganu adalah antara negeri yang banyak pantai.

 

Pantai Tanjung Jara adalah pantai yang jarang orang luar tahu.

 

Kalau nak buat sukaneka bersama keluarga tepi pantai ini sangat best jadi boleh Maduners semua rancang untuk jalan-jalan ke sini!

#3 Twinkle Villa Janda Baik

Twinkle Villa Janda Baik adalah sebuah villa dengan 4 buah bilik tidur yang terletak di kawasan tenang, dikelilingi oleh keindahan alam sekitar. Cuaca disini cukup dingin dengan udara yang segar walaupun terletak tidak jauh dari bandar.

Penginapan dengan kualiti yang bertaraf 5 bintang ini pernah mendapat anugerah ‘PAM Awards 2017 Gold – Building of the Year’ dan juga ‘TIDA International Home Design.’

Sebaik memasuki halaman villa ini, anda akan terpandang sebuah bangunan yang memang lain daripada yang lain designnya, cukup unik.

Post a Comment