Nak Sihat? 5 Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Imunisasi – Manis Madu

Nak Sihat? 5 Jenis Makanan Bantu Tingkatkan Sistem Imunisasi

Maduners rehat-rehat di rumah pernah terfikir tak tentang sistem imun dalam badan korang?

 

Bayang waktu pandemik Covid-19 ini, kalau sistem imun badan rendah, memang sewwrammmm.

Tapi kalau tak ada pandemik pun memang kita kena pastikan sistem imunisasi dan antibodi kita berada dalam keadaan yang mantap supaya kesihatan badan kita pun kekal outstanding. Gituzzz.

 

Macam itulah ceritanya tapi ini bukan penamatnya sebab Madu akan tolong untuk boost sistem imunisasi korang! Banyak jerr makanan yang boleh bantu tingkatkan sistem imunisasi: –

1. Yogurt

breakfast-yogurt

Korang mesti macam, ha? Yogurt? Betul, yogurt tapi kenalah low-fat yogurt, jangan makan yogurt biasa pula.

 

Kalau Maduners makan yogurt dalam kuantiti yang sederhana, korang akan dapat manfaat Vitamin B12, Vitamin D dan juga Vitamin B2. Lagi banyak vitamin, lagi bagus!

2. Ubi Keledek

Roasted-Sweet-Potatoes-2

Petang-petang hidangkan ubi keledek untuk minum petang, memang nikmat habis! Tapi yang bagusnya, ubi keledek boleh tingkatkan sistem imunisasi kita.

 

Ubi keledek memang terbaik dalam memberikan vitamin A dan C kepada kita yang mana vitamin-vitamin ini sangat penting untuk sistem imun badan dan juga yang paling best, bantu menyihatkan kulit kita.

3. Dark Chocolate

dark chocolate

In lagi satu makanan yang buatkan Maduners keliru betul ke sihat ini, tapi kalau nak tahu dark chocolate memang banyak khasiat.

 

Dark chocolate mengandungi anti-oksidan iaitu theobromine yang memang bagus sebab ianya meningkatkan sistem imun dengan melindungi sel-sel dalam badan daripada radikal bebas.

 

Sedap pun sedap, sihat pun sihat! Love dark chocolate!

4. Kacang Badam

Kacang Badam

Panggilan untuk Vitamin E! Kunci untuk sistem imunisasi yang sihat sudah tentulah vitamin E, dan kacang badam have it all!

 

Maduners hanya perlu makan separuh cawan penuh kacang badam secara harian sudah cukup untuk mendapat Vitamin E yang diperlukan.

5. Brokoli

Brokoli

Jap, biar Madu tarik nafas dulu, Vitamin A ada, Vitamin C ada, Vitamin E ada, kandungan serat yang tinggi, anti-oksidan pun ada! Wow! Fantastic! Brokolo memang antara sayur yang paling banyak khasiat!

 

Korang yang nak tingkatkan sistem imunisasi, banyakkan pangambilan brokoli. Janji sihat! Jauhi Covid-19!

Post a Comment