“Nasib Baik Rekod”, Gadis Kesal Petugas Vaksin Tidak Teliti Jalankan Tugas
Kecoh di media sosial sebelum ini apabila tular kompilasi video penerima vaksin yang tidak berjaya mendapatkan vaksin kerana kecuaian petugas vaksin.
Kini, setiap rakyat Malaysia diberi kebenaran untuk merakam gambar atau video ketika proses mendapatkan vaksin.
Meskipun begitu, baru-baru ini tular lagi kejadian cuai membabitkan seorang petugas vaksin!
Menurut hantaran seorang gadis di laman Instagram dikenali sebagai Maria, insiden tersebut berlaku padanya ketika menghadiri temu janji vaksinasi di PPV PWTC, Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Video berdurasi 25 saat itu menunjukkan lengan Maria sudah dicucuk pada awalnya namun kecuaian berlaku apabila petugas berkenaan tidak menekan picagari tersebut!
Menurut laporan, gadis tersebut sudah melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berwajib dan berjaya mendapatkan vaksin pada suntikan kedua.
Walaupun masih tidak berpuas hati dengan alasan petugas terbabit, dia mengambil kesempatan ini untuk menasihati orang ramai untuk membuat rakaman ketika proses vaksinasi.
Perkara itu turut dikongsikan Maria di laman TikTok nya serta menerima pelbagai komen daripada netizen tentang kecuaian petugas vaksin tersebut.
@mariainyourareaThis thing happened to me today @ PWTC,KL 🤬 #cucukmyaz #2nddose #vaccinated #fypシ♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi
“Eh, kenapa dia tak cucuk? Tadi time aku gi ambik vaccine orang tu siap tunjuk lagi paras cecair 0.5 then slow je dia tekan sampai kosong. Pergi report kak,”
“Satu saat je dia toleh terus tarik jarum,”
Risau betul dengan benda-benda seperti ini. Maduners yang nak dapatkan vaksin, pastikan rakam supaya ada bukti kukuh bahawa kita sudah mendapatkan vaksin dengan sempurna.
Kalau jadi perkara sebegini, buat laporan dengan segera!