“Nama Saya Lamborghini Astried”, Bapa Namakan Anak Inspirasi Dari Jenama Kereta Sport – Manis Madu
“Nama Saya Lamborghini Astried”, Bapa Namakan Anak Inspirasi Dari Jenama Kereta Sport

“Nama Saya Lamborghini Astried”, Bapa Namakan Anak Inspirasi Dari Jenama Kereta Sport

Seorang wanita di Bandung, Jawa Barat, menjadi sensasi di internet selepas berkongsikan nama sendiri dan dua saudaranya yang sama dengan jenama kereta sport terkemuka, lapor portal Wolipop.

 

Wanita itu berkata, dia bernama Lamborghini Astried, manakala kakaknya dipanggil Celica Riska dan nama abangnya pula ialah Ferrari Mikola.

@jineylaa nama adalah doa dari orangtua ya kann😂🤍 #brothersister ♬ slipping through my fingers – Jen

Menurut gadis yang lebih dikenali sebagai Jini itu, meskipun dia dahulu kerap menjadi mangsa ejekan rakan-rakannya, namun dia kini tidak mempedulikan semua itu.

 

“Dulu saya sering dibuli gara-gara mempunyai nama Lamborghini, namun sekarang sudah terbiasa,” kata Jini.

@jineylaa Reply to @cindyanggraeniii ♬ Angel Baby – zoe

Tambah anak bongsu daripada tiga adik-beradik itu, nama unik tersebut diberikan oleh bapa mereka yang meminati bidang automatif.

 

“Bapa saya yang memberi nama ini kerana dia meminati bidang automatif. Disebabkan itu, anak-anaknya diberikan nama jenama kereta.

 

“Kalau dari segi maksud, selain sekadar suka-suka kerana meminati kereta, ia diharap dapat membawa kejayaan kepada kami bertiga sama seperti pengeluar kereta sport itu,” katanya.

Post a Comment