Netizen Bergaya Dengan Kreatif Untuk #MetGalaChallenge
Setiap tahun Madu sentiasa tak sabar ingin melihat gaya fesyen di acara MET Gala oleh para selebriti antarabangsa.
Pada tahun ini, acara tersebut terpaksa dibatalkan kerana sedang berlakunya krisis Covid-19 di seluruh dunia, malah perkara yang merisaukan lagi, Amerika Syarikat merupakan antara negara yang mempunyai kes positif Covid-19 tertinggi.
Tetapi perkara yang membuatkan Madu gembira adalah pihak Vogue yang merupakan pengendali acara MET Gala telah mencipta #METGalaChallenge di media sosial!
Kalau Maduners nak tahu, cabaran tersebut adalah untuk mengajak para peminat fesyen untuk mengayakan semula gaya kesukaan mereka oleh selebriti di MET Gala.
Senang cerita Madu cakap, semua pengguna media sosial yang sertai cabaran ini memang kreatif habis!
Selebriti pun sertai cabaran ini! Mindy Kaling sertai cabaran ini dengan menggayakan semula gaya Jared Leto yang terkenal iaitu dengan membawa kepala prostetik mirip mukanya ke MET Gala 2019.
On fleeeeeeekkkkkkkk
Maduners ingat lagi dengan gaya Rihanna di MET Gala 2018? IKONIK!
Bila Madu dengar tentang cabaran ini, memang sudah boleh agak akan ada yang menggayakan gaya Rihanna dengan tema Heavenly Bodies: Fashion and The Catholic Imagination.
Wigs – flew away!
Lady Gaga saja yang berani untuk mengayakan 4 pakaian yang berbeza sewaktu di MET Gala dan setiapnya memang dabooom!
Madu beri pujian kepada @crescentshay yang berusaha untuk menggayakan semula gaya daripada Lady Gaga ini. Hanya pakai cadar katil saja, memang kreatif!
Show-stopper!
@seasunstefunny berjaya dalam membantu anaknya untuk menggayakan semula gaya Janelle Monae di MET Gala 2019.
Usia bukan faktor untuk menjadi seorang fesyenista!
Satu lagi gaya yang begitu mempersonakan!
Kali ini @sanja_nestorovic_ menggayakan gaya Celine Dion yang seakan chandelier! Kuarantin bukan penghalang untuk kita jadi kreatif.