Netizen Kritik ‘French Fries’ Termahal Dunia Pada Harga US$200 Satu Hidangan – Manis Madu
Netizen Kritik ‘French Fries’ Termahal Dunia Pada Harga US$200 Satu Hidangan

Netizen Kritik ‘French Fries’ Termahal Dunia Pada Harga US$200 Satu Hidangan

Baru-baru ini, salah satu hidangan di sebuah restoran di New York telah mendapat penghargaan daripada Guinness World Record sebagai makanan paling mahal di dunia.

 

Hidangan yang diwartakan sebagai makanan termahal dunia ini ternyata hanyalah hidangan French fries bersama truffle yang ditaburi edible gold dusk serta sos keju sebagai pencicah.

edible gold dusk

Menurut video yang diunggah akaun South China Morning Post (SCMP) di laman YouTube, hidangan French fries ini merupakan hidangan ke-10 yang mencatatkan rekod dunia.

Antara rekod lain pernah diperoleh adalah kek perkahwinan terbesar dunia, aiskrim sundae termahal dunia, burger termahal dunia, coklat panas terbesar dunia dan lain-lain.

 

Meskipun begitu, ruangan komen di video berkenaan dibanjiri dengan kritikan pedas daripada netizen.

 

Mereka menyifatkan pengiktirafan sebuah hidangan fast food adalah tidak patut dan mengarut memandangkan ia hanyalah kentang goreng bersama truffle serta ditaburi dengan taburan emas.

 

“Ini adalah makanan mahal yang paling tidak berguna yang pernah saya lihat. Saya tidak melihat bagaimana membuat makanan mahal kerana menjadikannya mahal adalah mengagumkan,”

 

“Setiap makanan mahal mesti ditaburkan serpihan emas dengan truffle. Siapa yang akan bayar untuk makanan ini ketika tempoh pandemik? Mungkin dalam masa setahun dah tutup!”

 

“200 dollar!! Lebih baik saya habiskan dengan membeli berguni kentang dan buat stok sendiri selama sebulan,”

 

Fuhh, pedas berapi komen-komen netizen tentang makan termahal dunia ini ya! Bagi Madu, kritikan mereka berasas dan ada betulnya tetapi mungkin pencipta makanan ini mempunyai pandangan berbeza.

Post a Comment