Nia Ramadhani & Suami Sah Positif Syabu Sejak 5 Bulan Lalu, Dipenjara 4 Tahun – Manis Madu
Nia Ramadhani & Suami Sah Positif Syabu Sejak 5 Bulan Lalu, Dipenjara 4 Tahun

Nia Ramadhani & Suami Sah Positif Syabu Sejak 5 Bulan Lalu, Dipenjara 4 Tahun

Susulan kejadian yang dilaporkan Manis Madu semalam, Pelakon terkenal Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie sekali lagi mengejutkan peminatnya apabila kenyataan yang diterima hari ini mengesahkan kedua-dua mereka memang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Pasangan itu bagaimanapun telah didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak lima bulan yang lalu dan akan berdepan hukuman penjara selama empat tahun.

 

Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus mengesahkan Nia dan suaminya positif dadah jenis Metamfetamina atau syabu menerusi ujian air kencing yang dibuat.

 

Menurut laporan Liputan 6, pemandu peribadi mereka juga dikatakan terlibat dengan pengambilan dadah jenis Syabu ini.

 

Dalam serbuan yang di rumahnya, polis sempat merampas sejumlah barang bukti seperti syabu seberat 0.78 gram, satu buah bong dan alat menghisap syabu.

 

Berita yang mengejutkan ini membuatkan netizen menjadi tanda tanya berkenaan gambar dan video terakhir yang dimuat naik oleh Nia Ramadhani di laman instagramnya dengan wajah yang pucat dan cengkung.

 

Ramai netizen beranggapan perkara ini mungkin ada kaitan dengan dakwaannya ke atas penyalahgunaan dadah

 

Aura kecantikan yang biasa dilihat juga tidak nampak malah wajahnya yang pucat menjadi perhatian.

Post a Comment