Niat Makan Maggi Sambil Layan Netflix Tapi Lain Pula Jadi!
Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan ini memang sangat seronok kalau dapat makan sambil layan Movie kan?
Maklumlah nak pergi wayang tapi wayang tutup. So duduk rumah jer lah layan movie lagi selesa!
Ekoran itu, menerusi kandungan video yang dikongsi oleh @bospami di laman sosial TikToknya, dia dilihat memasak Maggi dengan niat nak dimakan sambil melayan Netflix.
@bospamiBerapa yg pernah mcm ni ? 🙋🏻♂️🥲♬ original sound – Bos Pami | Tips&Tricks 🤯
Apa yang diharapkan lain pula berlaku apabila Maggi yang dimasak habis dimakan tetapi masih tak jumpa-jumpa cerita yang menarik.
Mana tidaknya, kalau cari movie je sampai satu jam tapi makan hanya sepuluh minit sahaja.
Lelaki berkenaan dengan muka pasrah menutup semua lampu dan laptopnya dalam keadaan yang hampa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dapat mengaitkan kandungan video yang cuba disampaikan dan ramai juga yang pernah melalui perkara yang sama.
“The reason why I takkan sentuh makanan tu selagi tak jumpa cerita yang nak tengok” – @nvrkhadijah_
“Jangan masak Maggie lagi sebelum jumpa cerita” – @alita.v1
“Kalau saya makan nasi dengan lauk. Lauk boleh serap ke nasi untuk tunggu saya cari movie or something to watch” – @firahishak293
“Geng. Tapi sebelum nak makan apa cari movie dulu. Jangan menyesal dikemudian hari” – @_.wawazall
Macam-macam hal pengguna media sosial ni. Jadi, moral of the story is jangan makan selagi belum jumpa cerita yang nak ditengok!