Thai Air Asia Tangguh Penerbangan Serta Bayaran Gaji Pekerja Hingga September – Manis Madu
Thai Air Asia Tangguh Penerbangan Serta Bayaran Gaji Pekerja Hingga September

Thai Air Asia Tangguh Penerbangan Serta Bayaran Gaji Pekerja Hingga September

Syarikat penerbangan Thai AirAsia (TAA) mengumumkan penangguhan semua penerbangan yang dijadualkan pada bulan ini, lapor Bangkok Post, hari ini.

penangguhan semua penerbangan Thai Air Asia yang dijadualkan pada Ogos 2021-01

Selain itu, TAA juga akan menangguhkan pembayaran gaji kakitangan pada bulan ini sama ada sepenuhnya atau separa sehingga September.

 

Syarikat penerbangan itu, yang dianggap sebagai salah satu syarikat penerbangan domestik paling kukuh berdepan masalah kewangan akibat jumlah penumpang yang rendah sejak wabak Covid-19 bermula awal tahun lalu.

 

Syarikat penerbangan itu terpaksa menghentikan semua penerbangannya selepas sekatan dikenakan bukan lalu akibat penularan varian Delta.

 

Menerusi satu kenyataan rasmi, TAA berkata tiada penerbangan akan dilakukan buat sementara waktu bagi mengelak kerugian memandangkan usaha mendapatkan pinjaman adalah sia-sia.

TAA memberitahu penangguhan keseluruhan atau sebahagian gaji pekerjanya adalah salah satu usaha syarikat bagi meringankan bebanan kos.

 

Gaji bulan Julai untuk kakitangan eksekutif akan dibayar pada bulan September. Pekerja di bahagian operasi yang masih bertugas pula akan dibayar 50 peratus daripada gaji bulan Julai pada bulan ini (Ogos) dan selebihnya pada bulan September.

 

Pekerja yang tidak aktif seperti kru penerbangan akan menerima 25 peratus daripada gaji mereka pada bulan September.

 

TAA mengatakan ia akan menghentikan operasi sementara pada bulan ini dan berharap keadaan akan berubah bulan depan.

 

Sebaik syarikat berjaya memperoleh pinjaman untuk membantu aliran tunai, perkhidmatan penerbangan akan disambung semula.

Post a Comment