Niat Nak Jemur Langsir Putih, Sekali Orang Datang Nak Bagi Bantuan! – Manis Madu
Niat Nak Jemur Langsir Putih, Sekali Orang Datang Nak Bagi Bantuan

Niat Nak Jemur Langsir Putih, Sekali Orang Datang Nak Bagi Bantuan!

Seperti yang semua sedia maklum bahawa sejak kebelakangan ini di media sosial penuh dengan kempen bendera putih yang dilancarkan oleh rakyat bagi membantu individu yang memerlukan.

 

Kempen yang dijalankan ini mendapat perhatian dan prihatin dari ramai penduduk setempat dan juga warganet.

 

Siapa sahaja yang meletakkan bendera putih pasti akan mendapat bantuan dari jiran tetangga dan individu yang lain. 

 

Memang tak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia sangat prihatin dan cakna dengan keadaan semasa sampaikan mereka menganggap kain langsir putih yang dijemur di tingkap adalah kibaran bendera putih sebagai tanda meminta bantuan.

 

Perkongsian video yang dibuat oleh Aishah Sazali di laman TikToknya, dia  memberitahu bahawa dia terlupa tentang kempen bendera putih yang dilaksanakan itu sebelum mendapat panggilan dari persatuan flat di rumahnya.

Persatuan flat itu siap bertanyakan keadaan keluarga Aishah ekoran langsir putih yang dijemurnya di tingkap rumah

 

Menerusi komen pada video tersebut, ramai juga yang meluahkan rasa risau untuk menjemur kain putih selepas ini kerana takut ada yang tersalah anggap.

 

“Maaf sis saya tergelak, mungkin telekung juga tak boleh sidai terang-terangan takut disalah sangka bendera putih” – @azreen.aziz

 

“Aku jemur selimut do lepastu tetiba bapak aku dapat call hm” – @leyaaasyaa

 

“Mak aku dah takut nak jemur baju putih dekat luar takut orang tanya nak bantuan ke” – @wtfecaa

 

Walaupun isu tersebut nampak seperti lucu tetapi Maduners juga perlu mengambil berat berkenaan ini supaya perkara yang sama tidak berulang. 

 

Jangan korang sengaja pula berniat nak buat macam itu! Kesian orang yang nak tolong nanti.

Post a Comment