Viral Lelaki Hidupkan Ikan, Pakar Ikan Ini Beri Penjelasan – Manis Madu
Viral Lelaki Hidupkan Ikan, Pakar Ikan Ini Beri Penjelasan

Viral Lelaki Hidupkan Ikan, Pakar Ikan Ini Beri Penjelasan

Kalau Maduners perasan, sejak dua menjak ini viral di TikTok dan Twitter tentang seorang lelaki menunjukkan cara-cara untuk ‘menghidupkan’ ikan yang dibeli di pasar.

@fuad_12Balas @agency.mango.live hidupin ikan emak dari pasar #sains bro#fypシ #berandafyp #viral #fyp #ikan♬ suara asli – Fuad _29

Pelik kerana ikan yang telah mati itu dapat dihidupkan semula setelah lelaki itu memasukkan beberapa bahan ke dalam air beserta ikan-ikan tersebut.

 

Madu memang teruja bercampur pelik lepas tengok ikan-ikan tersebut kembali bernyawa dan berenang di dalam air tanpa sebarang masalah.

 

Hmm, pelik kan? Betul ke dengan cara itu dapat hidupkan semula ikan yang telah mati? Jom baca apa kata pakar ikan ini!

 

Susulan video tular itu, seorang lelaki dikenali sebagai Fitri Yusof telah menulis penjelasan di sebalik kejadian ‘ajaib’ itu di laman Twitter.

 

Menurutnya, perkara itu hanya gimik sahaja dan pernah dilakukan suatu ketika dahulu. Maduners boleh baca penerangan dia di bawah ini.

Saudara Fitri juga mengingatkan agar tidak melakukan perkara ini kerana ia menzalimi ikan. Ikan akan mengalami stress kerana berlakunya perubahan suhu, hypoxia (tidak boleh bernafas) dan kemungkinan berlaku ice crystallization di dalam dagingnya.

 

Tetapi perkara ini menarik kan lepas kita tahu fakta sebenar?

Post a Comment