Yuna Zahirkan Sokongan Terhadap Kempen ‘Stop Asian Hate’ Di Amerika Syarikat – Manis Madu
Yuna Zahirkan Sokongan Terhadap Kempen Stop Asian Hate Di Amerika Syarikat

Yuna Zahirkan Sokongan Terhadap Kempen ‘Stop Asian Hate’ Di Amerika Syarikat

Setelah sepuluh tahun berkelana di Amerika Syarikat (AS), penyanyi, Yuna, 34, sememangnya peka dan prihatin terhadap isu perkauman yang hangat diperkatakan di negara tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Sehubungan dengan itu, tanpa ragu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai menzahirkan sokongan kepada gerakan ‘Stop Asian Hate’ sebagai tanda solidariti kepada rakan serumpun yang selama ini banyak berjasa terhadap pembangunan kariernya di AS.

 

“Secara jujur, tragedi di Atlanta yang membabitkan serangan ke atas enam mangsa keturunan Asia, memberi kesan kepada saya.

 

“Perkara sedemikian tidak berlaku di Malaysia tetapi ini adalah realiti di AS. Ini secara langsung menimbulkan ketakutan kepada komuniti Asia-Amerika,” katanya.

 

Mengulas lebih lanjut, Yuna berkata, komuniti Asia-Amerika telah berdepan isu perkauman sejak beberapa tahun lalu.

 

“Apatah lagi Presiden AS terdahulu ada menyatakan perkara ini dalam ucapan yang membibitkan perasaan benci terhadap orang Asia.

 

“Contohnya seperti virus Covid-19 yang dikategorikan sebagai virus China. Ini secara tidak langsung memulakan bibit kebencian dalam diri rakyat.

 

“Apabila enam orang keturunan Asia ditembak, ia seperti memberi tanda bahawa perkara ini serius,” katanya.

 

Tambah Yuna lagi, sebagai wanita Asia berhijab dan menetap di AS, dia bertanggungjawab memberi kesedaran kepada orang ramai berkenaan isu terbabit.

 

“Sepuluh tahun saya di AS. Saya bukan sahaja Muslim malah wanita Asia yang berhijab. Jadi, saya perlu menyokong gerakan ‘Stop Asian Hate’ serta berjuang bersama mereka. Orang Asia adalah orang saya.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Sinclair (@adamyousofunny)

Dalam perkembangan lain, Yuna tidak berhasrat pulang ke AS dalam tempoh terdekat, sebaliknya giat menyiapkan album baharu di Malaysia.

Post a Comment