Obses Kumpul Makanan, Wanita Berhabis RM84,250 Simpan Stok Untuk Dua Tahun – Manis Madu
Obses Kumpul Makanan, Wanita Berhabis RM84,250 Simpan Stok Untuk Dua Tahun

Obses Kumpul Makanan, Wanita Berhabis RM84,250 Simpan Stok Untuk Dua Tahun

Seorang wanita menjadi tular dalam media sosial selepas bersungguh-sungguh membuat ‘persiapan hari malapetaka’ apabila membina bilik bawah tanah dan mengumpul stok makanan yang cukup untuk keperluan keluarganya selama dua tahun.

 

Menurut laporan Daily Mail, Rowan MacKenzie turut mengumpul senjata yang boleh digunakan sebagai perlindungan sekiranya keadaan memerlukan.

stok makanan 1
stok makanan 2

Wanita berusia 38 tahun itu memaklumkan, dia mula mengumpul stok makanan sejak 11 tahun lalu selepas mempercayai dia perlu membuat persediaan sekiranya berlaku insiden tidak diingini dan memastikan keluarganya mempunyai keperluan asas yang mencukupi.

 

MacKenzie mengumpul bekalan makanan kering tahan lama seperti kekacang dan beras.

 

Ketika bekalan makanannya semakin banyak, wanita itu berhasrat membina kubu bawah tanah yang menelan belanja sebanyak AS$10,000 (RM42,129).

 

Selain bekalan makanan, MacKenzie turut mengumpul senjata seperti pistol, pisau dan peluru.

gun 1

“Perkara utama bagi setiap kubu bawah tanah adalah sistem pertahanan yang kukuh, termasuk bekalan senjata yang mencukupi.

 

“Senjata api juga boleh digunakan untuk memburu haiwan, bukan untuk perlindungan semata-mata.

 

“Kesemua bekalan makanan yang saya kumpul ketika ini cukup untuk ‘melindungi dan memenuhi keperluan’ keluarga saya antara dua hingga tiga tahun,” katanya.

 

MacKenzie juga membuat sistem penggiliran bagi memastikan bekalan makanan yang dikumpulnya tidak rosak, sekali gus membazir.

 

Secara keseluruhannya, wanita itu membelanjakan sebanyak AS$20,000 (RM84,250) untuk membeli stok makanan.

 

Wanita itu turut mengaitkan keperluan mengumpul stok makanan dan membuat persiapan awal dengan situasi perang di Ukraine ketika ini.

 

Katanya, keadaan itu boleh berlaku di mana-mana negara pada bila-bila masa.

 

“Jika keadaan itu (perang) berlaku, sekurang-kurangnya kita sudah ada persediaan dan boleh bertahan untuk suatu masa,” ujarnya.

Post a Comment