Olimpik: ‘BFF’ Catat Keputusan Seri, Minta Kepada Penganjur Untuk Kongsi Pingat Emas
Perjuangan bagi jaguh lompat tinggi negara iaitu Lee Hup Wei berakhir lebih awal apabila tersingkir sewaktu pusingan kelayakan Olimpik Tokyo 2020. Dalam saingan itu, atlet tersebut tidak berjaya melepasi ketinggian 2.17 meter dalam ketiga-tiga percubaan.
Situasi menarik tentang sukan olahraga itu semalam, atlet Qatar, Mutaz Barshim serta atlet Itali, Gianmarco Tamberi mencatatkan keputusan seri apabila mereka berdua berjaya membuat lompatan setinggi 2.37 meter.
Sumber Gambar: Kisah Dunia
Menurut laporan, meskipun diberi pilihan untuk melakukan ‘jump off’ sebagai penentuan, namun mereka melompat kegembiraan apabila diumumkan boleh berkongsi pingat emas bersama-sama.
Ternyata, Barshim dan Tamberi telah bersahabat baik lebih sedekad yang lalu selepas menyertai kejohanan sama pada tahun 2010. Tamberi juga dilaporkan turut hadir di majlis perkahwinan Barshim pada tahun 2018.
Sumber Gambar: Kisah Dunia
Kejayaan meraih pingat emas berkenaan ternyata sungguh bermakna terutama kepada Tamberi memandangkan pernah mengalami kecederaan buku lali sebelum kejohanan Olimpik Rio 2016 malah turut diramal tidak dapat bertanding lagi dalam sukan tersebut.
Sumber: cbc.ca