OOTD Raya Siapa Paling Meletopz Tahun Ini? Raya Bersederhana Ala Covid-19
Walaupun tahun ini hari raya agak sedih kerana Perintah Kawalan Pergerakan Kawalan Bersyarat (PKPB), tetapi kemeriahan raya masih dapat dirasai.
Tak kisahlah PKPB sedang berlangsung, bila bercakap hari raya mestilah kena muat naik OOTD di Instagram. Tak salah Maduners nak muat naik OOTD sebab boleh jer OOTD di dalam rumah.
Selebriti dan influencer media sosial juga muat naik OOTD mereka di Instagram, jadi Madu nak kongsi dengan Maduners gaya siapa paling meletopz raya tahun ini, bergaya raya secara sederhana ala PKPB gitu.
Nora Danish
Madu suka sangat dengan gaya moden baju raya Nora Danish tahun ini.
Paling menarik Madu tengok baju raya Nora Danish adalah dekat bahagian lengan, berbeza daripada gaya baju raya atau baju kurung yang biasa.
Ameera Khan
Siapa jer tak kenal dengan Ameera Khan, adik kepada Neelofa. Ameera Khan pun tidak kurang daripada Neelofa, pandai juga bergaya.
Baju raya Ameera Khan tahun ini berwarna pink coral, digayakan dengan gaya rambut beralun, memang terbaik.
Nampak lembut dan feminin tapi masih ada sisi seksi gaya raya daripada Ameera Khan.
Neelofa
Elegannya Madu tengok gaya raya Neelofa tahun ini, tak terlalu menyerlah tak terlalu over the top gitu. Neelofa siap letak kapsyen serving Raya looks, CMCO edition.
Neelofa padankan gaya raya tahun ini dengan kasut dan beg berwarna putih. Memang cun habis gaya raya Neelofa tahun ini.
Rozita Che Wan
Nampaknya tahun ini Rozita Che Wan pilih warna hijau emerald untuk seisi keluarga, baru sedondon satu keluarga.
CheTa punya gaya setiap tahun memang tak perlu nak cakap banyak, memang vogue habis. Tahun ini baju raya CheTa ada ala-ala superman cape, memang gaya CheTa sangat.
Ezurin Khyra
Uihh! Maduners tengok gaya daripada Ezurin Khyra, fesyenista yang Madu follow di Instagram, dah macam Ratu Elizabeth gaya dia. Salah satu gaya favourite Madu untuk raya tahun ini.
Scha Al-Yahya
Tahun ini ramai yang pilih gaya warna pastel termasuklah keluarga Scha Al-Yahya. Maduners yang suka gaya bunga-bunga manja mesti jatuh hati dengan baju raya Scha Al-Yahya tahun ini.
Walaupun ringkas jer gaya Scha tapi memang nampak sesuai dengan musim terkini iaitu musim panas.