Orang Sabah Banyak Makan Ikan? Ini Dia Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun! – Manis Madu
Hari-Kaamatan-Menjelang-Tiba

Orang Sabah Banyak Makan Ikan? Ini Dia Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun!

Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri baik dari segi pakaian, adat mahupun makanan..

 

Hari ini Miera nak kongsikan kepada Maduners semua antara makanan-makanan tradisi bagi kaum Kadazandusun semasa Pesta Kaamatan.

 

Seperti yang korang semua maklum, makanan merupakan salah satu identiti dan pengenalan kepada sesebuah kaum. 

 

Pelbagai jenis hidangan yang kita boleh dapat di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang disambut pada setiap tahun iaitu pada 30 dan 31 Mei. Antara hidangan tradisi suku kaum ini ialah

#Hinava

Hinava

Hinava adalah salah satu makanan paling popular dan wajib ada pada hari Kaamatan di kalangan kaum Kadazandusun. Hinava ini diperbuat daripada isi ikan tenggiri yang dihiris halus.

 

Menu bagi hidangan Hinava juga menggunakan buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah, limau dan garam. Kebanyakan resipinya sangat mudah diperoleh.

#Noonsom

Noonsom

Noonsom atau lebih dikenali sebagai jeruk ini terdapat dalam  beberapa jenis. Antara Noonsom yang paling digemari adalah Noonsom Sada iaitu ikan.

 

Kebiasaanya suku kaum Kadazandusun menyediakan hidangan Noonsom Sada dengan menggunakan ikan jenis air tawar kemudian dijeruk menggunakan isi buah pangi.

 

Noonsom Sada diisi ke dalam botol terlebih dahulu sebelum dibiarkan selama sepuluh atau dua belas hari. Terdapat juga Noonsom lain seperti Noonsom Bambangan dan Noonsom Tahau.

#Pinaasakan

Pinaasakan

Pinaasakan ini pun menjadi pilihan di hari Kaamatan. Cara penyediaan Pinaasakan ini juga menggunakan ikan sama ada ikan air tawar ataupun ikan laut. 

 

Mesti korang tertanya-tanya kenapa setiap hidangan kaum ini banyak menggunakan ikan? Sebenarnya kalau korang nak tahu suku kaum Kadazandusun ini menetap di kawasan yang banyak membekalkan sumber pencarian makanan.

 

Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya. Tidak hairanlah kenapa hidangan mereka banyak menggunakan ikan.

#Sup Manuk Lihing

Sup-Manuk-Lihing

Manuk adalah perkataan Sabah yang membawa maksud ‘ayam’. Sup Ayam Lihing ini menggunakan ayam kampung yang direbus sehingga mendidih sehingga daging ayam betul-betul empuk sebelum dihidangkan.  

 

Sup Ayam Lihing ini juga dikatakan sangat bagus diamalkan oleh wanita yang baru lepas bersalin.

 

Hidangan tradisi bagi kaum ini juga boleh didapati pada majlis perkahwinan dan majlis-majlis lain bagi suku kaum Kadazandusun. 

 

Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi masyarakat tempatan Sabah ini merupakan keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.

Post a Comment