Pakej Penginapan Di Mystery Machine Sempena Rai Ulang Tahun Ke-20 Scooby-Doo – Manis Madu
Pakej Penginapan Di Mystery Machine Sempena Rai Ulang Tahun Ke-20 Scooby-Doo

Pakej Penginapan Di Mystery Machine Sempena Rai Ulang Tahun Ke-20 Scooby-Doo

Buat peminat filem komedi seram Scooby-Doo, korang pasti tak ketinggalan mengetahui pakej penginapan semalaman yang ditawarkan syarikat Warner Bros. dan Airbnb di dalam van The Mystery Machine.

 

Pakej penginapan ini diadakan bersempena meraikan ulang tahun ke-20 filem komedi seram berkenaan.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_220618144006-03-mystery-machine-airbnb (1)

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, The Mystery Machine merupakan nama van ikonik siri kartun legenda itu yang popular di Amerika Syarikat dan seluruh dunia.

 

Lebih menarik, pelakon Matthew Lillard yang melakonkan watak Shaggy dalam filem itu juga bakal ada di dalam van ikonik tersebut bagi melayan tetamu yang hadir bertempat di Pantai Malibu, California Selatan untuk penginapan selama tiga malam bermula 24, 25 dan 26 Jun ini.

http___cdn.cnn.com_cnnnext_dam_assets_220618144008-04-mystery-machine-airbnb (1)

“Sudah 20 tahun sejak saya memainkan watak Shaggy dalam filem terbitan Warner Bros., Scooby-Doo tetapi semangat saya masih sama.

 

“Untuk meraikannya, saya akan membawa kembali pengalaman mengasyikkan di dalam van kesayangan kumpulan itu, The Mystery Machine,” kata Lillard dalam iklan Airbnb.

Pakej penginapan semalaman pada harga cuma AS$20 (RM88) itu dilaporkan habis ditempah dalam masa yang singkat. 

 

“The Mystery Machine sangat terkenal dan ketiga-tiga malam telah ditempah dalam masa beberapa minit sahaja,” kata wakil Airbnb.

 

Tetamu yang bertuah akan disambut ucapan khas daripada Lillard secara dalam talian setelah tiba. 

 

Selain itu, snek makanan Scooby-Doo turut disediakan untuk tetamu merangkumi makanan kegemaran Shaggy dan Scooby seperti hot dog dan burger terung.

Post a Comment