PakNil Bersyukur Dapat Hadiah Toyota Alphard! Eskayvie Bukti Pegang Konsep Rezeki Harus Dikongsi! – Manis Madu
PakNil Bersyukur Dapat Hadiah Toyota Alphard! Eskayvie Bukti Pegang Konsep Rezeki Harus Dikongsi!

PakNil Bersyukur Dapat Hadiah Toyota Alphard! Eskayvie Bukti Pegang Konsep Rezeki Harus Dikongsi!

Memang terbukti jenama Eskayvie memang berpegang utuh dengan konsep Rezeki Harus Dikongsi, bukan sahaja hargai kakitangan, duta mereka PakNil pun terima kejutan yang menggembirakan!

IMG-20220210-WA0020 (1)

Dengan bertemakan ‘The Great Gatsby’, baru-baru ini Eskayvie Sdn Bhd mengadakan majlis makan malam di Hotel Four Seasons, Kuala Lumpur bagi meraikan usahawan serta kakitangan mereka yang bekerja keras bersama Eskayvie sepanjang tahun 2021.

Eskavyie

Majlis tersebut dipenuhi dengan pelbagai kejutan bagi menghargai mereka yang telah bersama dengan Eskayvie yang mana salah satu kejutan tersebut adalah 3 buah kereta Honda City model terbaru telah dihadiahkan kepada 3 kakitangan yang dilihat komited dan setia bersama Eskayvie.

IMG-20220210-WA0023 (1)

Yang membuatkan majlis tersebut lebih menarik apabila Eskayvie Sdn Bhd membuat kejutan yang memang jarang didengari apabila mereka menghadiahkan duta mereka, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra disapa PakNil sebuah Toyota Alphard!

 

Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, Eskayvie menghadiah Toyota Alphard kepada PakNil kerana komitmen dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Eskayvie.

Eskayvie - PakNil

“Kemuncak acara ini adalah hadiah sebuah Toyota Alphard buat PakNil yang telah memberikan komitmen luar biasa serta melangkaui persepsi dan jangkaan sebagai duta Eskayvie. Eskayvie sangat menghargai PakNil yang sentiasa berkongsi kebaikan kepada masyarakat. Beliau sangat komited mendukung visi Eskayvie – Untuk Memperkasakan Ekonomi dan Kesihatan Ummah,”

Aina Abdul

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Aina Abdul sebagai penyanyi jemputan yang menyerikan majlis tersebut dengan lagu-lagu popular beliau seperti Sumpah dan Sepi.

Post a Comment