Tengku Permaisuri Selangor Mencemar Duli Jadi Penyampai Berita Di RTM Buat Ramai Teruja! – Manis Madu
Tengku Permaisuri Selangor Mencemar Duli Jadi Penyampai Berita Di RTM

Tengku Permaisuri Selangor Mencemar Duli Jadi Penyampai Berita Di RTM Buat Ramai Teruja!

Kemunculan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman di kaca televisyen dalam slot berita di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), membuatkan ramai yang teruja!

Baginda mencemar duli dengan membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas, pukul 8.00 malam bersempena sambutan ulang tahun RTM yang ke-75.

 

Baginda tampil kira-kira 15 minit dalam slot berkenaan bagi menyampaikan isu semasa negara.

Untuk pengetahuan Maduners, ini adalah kemunculan kali pertama baginda di kaca televisyen selepas ditabalkan sebagai Permaisuri Selangor, lima tahun lalu.

 

Sungguhpun sudah lima tahun tidak muncul sebagai pembaca berita, namun aura serta penampilan baginda masih anggun serta dianggap ‘lagenda’ dalam dunia penyiaran.

Tengku Permaisuri Norashikin melangsungkan majlis pernikahan bersama Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 31 Ogos 2016 di Masjid Diraja Istana Alam Shah, Klang.

Post a Comment