Paru-Paru Ditebuk Gara-Gara Kongsi Vape! – Manis Madu
Paru-Paru Ditebuk Gara-Gara Kongsi Vape!

Paru-Paru Ditebuk Gara-Gara Kongsi Vape!

Pengunaan rokok elektronik atau vape sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan harian. Meskipun sudah tahu kesan sampingan merokok tetapi amaran itu nampaknya tidak dihiraukan.

chiara-summer-3ATyg1Iqw2M-unsplash (1)

Selain itu, pengguna vape atau pod juga tidak terkecuali daripada berkongsi alat itu sesama sendiri. Mungkin dengan tujuan untuk merasa perisa berlainan milik rakan-rakan.

 

Susulan itu, seorang lelaki dikenali sebagai Jimmy Ho ada membuat perkongsian tentang bahaya berkongsi alat itu.

 

Difahamkan, lelaki berkenaan sudah hampir sebulan dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan. Dipercayai berpunca daripada berkongsi rokok elektronik.

“Hampir sebulan dalam ward. Nak pesan dekat kawan-kawan, jangan selalu nak rasa pod/vape orang lain, nanti kita menyesal.

 

“Sekarang paru-paru sebelah kanan 90% tak boleh guna. Kalau takde jalan lain, terpaksa operation. Doakan saya geng,” luahnya dalam perkongsian itu.

 

Perkara ini mendapat reaksi yang pelbagai dari warganet terutama tentang tabiat berkongsi vape dengan orang lain.

 

Vape itself so disgusting already. Sharing sharing is caring pulek. Musim-musim Covid ni, aduh… Apa pun kisah ini pengajaran untuk orang lain,” @EikaManan

 

Ngeri ya tengok paru-paru kena tebuk untuk buang nanah. Harapnya perkongsian ini dapat memberi peringatan supaya tidak menyesal di kemudian hari. Beringat sebelum kena!

Post a Comment