Pasang Gigi Palsu RM500 Di Hotel, Doktor Mengucap Panjang!
Perawatan gigi selalunya akan menelan kos yang tinggi terutamanya melibatkan pembuatan gigi palsu atau pemakaian pendakap gigi.
Namun, kadang-kadang akan ada individu yang tertipu dengan doktor gigi palsu kerana menawarkan harga jauh lebih murah berbanding rawatan di klinik bertauliah.
Hal ini seperti yang diceritakan oleh seorang doktor gigi melalui ciapannya di Twitter.
“Demi Jodoh, Aku Relakan”
Seorang lelaki berusia 52 tahun datang ke klinik untuk cabutan. Katanya gigi dah goyang sangat kalau makan sakit.
Apabila diperiksa, aku nampak sesuatu yang janggal.
“Encik, gigi palsu ini buat di mana?” pic.twitter.com/Gq6Kn8vLfR
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) June 7, 2022
Menurut doktor berkenaan, ketika itu dia didatangi seorang pesakit lelaki berusia 52 tahun yang datang untuk cabutan. Katanya gigi sudah goyang dan merasa sakit ketika makan.
Setelah diperiksa, doktor itu mendapati terdapat sesuatu yang janggal dan bertanya beberapa soalan kepada pesakit.
Pesakit itu memberitahu gigi palsunya dibuat di ‘swasta’ sekitar Kuala Lumpur namun ketika ditanya nama klinik, pesakit itu menjawab ‘tidak tahu’ dengan teragak-agak.
“Encik, doktor tu buat di klinik atau sekadar di hotel, rumah atau bilik?”
“Oh haaa, dekat hotel!” jawab pesakit tersebut.
Terkejut doktor itu setelah mendengar jawapan pesakit yang memasang gigi palsu itu dengan harga RM500!
Menurut pesakit itu lagi, gigi palsunya di pasang sejak 2 tahun lepas kerana mahu berkahwin.
“Sayang, disebabkan mengambil jalan pintas gigi lelaki ini terpaksa dicabut semua, atas dan bawah. Tak dapat diselamatkan sebab denture yang dia pakai langsung tak ada kualiti. Tak mengembalikan fungsi asal dan gigitan gigi. Sudahlah ikat dawai sana sini,” tambah doktor itu lagi.
Doktor itu juga turut meninggalkan pesan agar:
- Menjaga gigi di peringkat awal.
- Membuat pemeriksaan berkala. Jika ada masalah sekurang-kurangnnya boleh dicegah lebih awal.
- Jangan percaya doktor gigi yang membuat penawaran di hotel, rumah atau bilik.
- Laporkan kegiatan perkhidmatan doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi.
Kalau ada jumpa mana-mana doktor gigi palsu atau mereka yang memberikan perkhidmatan pergigian selain di klinik gigi, segera laporkan ke sini! pic.twitter.com/U9RcvXfey3
— A J 🦷🧚🏼♂️ (@ArepJawa) June 8, 2022