Pejabat Pos Mini Paling Sunyi Di Dunia Kembali Bernyawa Selepas Pandemik Covid-19 – Manis Madu
Pejabat Pos Mini Paling Sunyi Di Dunia Kembali Bernyawa Selepas Pandemik Covid-19

Pejabat Pos Mini Paling Sunyi Di Dunia Kembali Bernyawa Selepas Pandemik Covid-19

Siapa sangka, sebuah pejabat pos mini di Gurun Tengger, Mongolia tular apabila dijadikan sebagai alamat untuk mengutus surat dari ‘lokasi paling sunyi di dunia’ oleh masyarakat setempat semasa pandemik Covid-19 melanda.

 

Oddity Central melaporkan, pejabat pos itu cuma berukuran 15 meter persegi dan telah ditinggalkan selama 35 tahun kerana kedudukannya yang terpencil dan jauh dari jalan utama.

 

Walau bagaimanapun, atas usaha keras seorang sukarelawan bernama Zhang, pejabat pos di wilayah autonomi China berkenaan akhirnya kembali ‘bernyawa’.

 

Menurut Zhang, dia merasa amat rugi jika pejabat pos unik itu tidak dipulihara dan mendapat idea untuk menjadi penulis upahan bagi mereka yang mengutus surat atau poskad dari gurun tersebut walau sebenarnya tidak pernah sampai ke kawasan tersebut.

loneliest-post-office4-750x500 (1)

Ketika pandemik Covid-19, penduduk dunia terputus hubungan dengan dunia luar dan usaha Zhang ini mendapat sambutan luar biasa apabila dia menerima 20, 000 permintaan bagi mengutus surat dari pejabat pos berkenaan pada Disember 2021.

 

Sebelum memohon lesen daripada pemerintah China untuk mendaftarkan pejabat pos itu sebagai salah satu pusat surat-menyurat aktif, Zhang sudah terlebih dahulu membaik pulih pejabat pos tersebut.

 

Berkat kesungguhan Zhang, pejabat pos Gurun Tengger telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 700 pusat mel aktif di China dan masih menerima permintaan daripada seluruh dunia untuk aktivit kiriman poskad dan surat.

Post a Comment