Kemunculan Pesawat Pengangkutan Tambang Murah Terbaru Di Malaysia, Adakah Lagi Murah Dari AirAsia? – Manis Madu
Kemunculan Pesawat Pengangkutan Tambang Murah Terbaru Di Malaysia, Adakah Lagi Murah Dari AirAsia_

Kemunculan Pesawat Pengangkutan Tambang Murah Terbaru Di Malaysia, Adakah Lagi Murah Dari AirAsia?

Sebuah pesawat yang menampilkan livery (corak pada badan kapal terbang) milik syarikat penerbangan tambang murah baru MYAirline telah dikesan di Lapangan Terbang Antarabngsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

Foto pesawat itu dikongsi pengguna Instagram @theplanespapanazzi yang memaparkan nama dan logo syarikat penerbangan dengan rona warna merah mencolok.

“MYAirline, syarikat penerbangan tambang ultra rendah baharu. Semoga ia dapat menerbangkan penumpang tidak lama lagi,” tulis keterangan pada hantaran itu.

 

MYAirline Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuala Lumpur adalah salah satu daripada dua syarikat penerbangan baharu yang diluluskan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Satu lagi ialah SKS Airways Sdn Bhd yang berpangkalan di Johor.

 

Menurut The Star, MYAirline juga telah diberi kelulusan bersyarat untuk lesen perkhidmatan udara (ASL) pada 22 Disember tahun lepas, yang sah sehingga 31 Disember tahun ini.

 

Lesen itu membolehkan syarikat berkenaan menjalankan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual.

 

Walaupun tidak banyak kemas kini, MYAirline dilaporkan sedang mengambil pekerja dan laman web rasmi syarikat penerbangan itu pada masa ini memaparkan banyak senarai kerja aktif.

 

Bagaimanapun, sambutan terhadap ‘pendatang baru’ dalam industri ini tidak bercampur baur susulan kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Malaysia Airlines Berhad (MAB) mempersoalkan keperluan untuk meningkatkan kapasiti dalam sektor penerbangan tempatan.

 

“Kebimbangan saya terhadap syarikat penerbangan baharu itu ialah mungkin menjejaskan kemapanan syarikat penerbangan sedia ada dengan kapasiti lebih melebihi manfaat kepada pengguna, tetapi adakah ia mampan kepada negara?” katanya semasa satu acara awal tahun ini.

 

Sementara itu, ketua pegawai eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes berkata beliau tidak terpengaruh dengan kemasukan dua syarikat penerbangan Malaysia baharu itu.

Post a Comment