‘Pejam Celik Hari Raya’ Disambut Baik, Anak-Anak Dapat Mood Raya Awal – Manis Madu
Iman Troye

‘Pejam Celik Hari Raya’ Disambut Baik, Anak-Anak Dapat Mood Raya Awal

Menurut mStar, walaupun baru setahun dalam dunia seni, namun penerimaan peminat amat memberangsangkan.

Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 18 turut meluahkan rasa syukur kerana lagu berkenaan diterima ramai dan membantu dalam mengembalikan mood raya orang ramai.

 

Single terbarunya ‘Pejam Celik Hari Raya’ yang dilancarkan sebelum puasa mendapat tontonan yang sangat tinggi di laman Youtube.

“Alhamdulillah syukur lagu raya pertama saya ini menerima jumlah tontonan yang tinggi di laman Youtube sehingga trending disana.

 

“Percaturan kami lancar awal lagu ini dikira menjadi, sahaja kita lancar awal sebab nak vibe raya tu.

 

“Antara komen positif, ibu bapa suka tengok anak-anak mereka berhenti menangis selepas ikut menari bersama bila tengok video ni. Bila budak-budak suka, ibu bapa pun happy kan,” katanya.

 

Lagu ciptaan A.Ramlee dan Ezra Kong itu menerima lima juta tontonan di Youtube sejak dimuat naik pada 9 April lalu.

 

Rata-rata memuji kualiti lagu dan muzik video tersebut yang disifatkan sangat catchy dan menghiburkan.

Post a Comment