Pelajar Ajar Palsukan Ujian Covid-19 Di TikTok, Elak Hadir Ke Sekolah – Manis Madu
Pelajar Ajar Palsukan Ujian Covid-19 Di TikTok, Elak Hadir Ke Sekolah

Pelajar Ajar Palsukan Ujian Covid-19 Di TikTok, Elak Hadir Ke Sekolah

Sekumpulan pelajar di Britain dipercayai mengambil bahagian dalam satu trend baharu di TikTok yang mengajar bagaimana hendak mendapatkan keputusan ujian Covid-19 yang positif.

Memetik laporan The Sun, teknik menggunakan jus buah anggur hitam dikatakan mampu membuatkan keputusan ujian kit pantas Covid-19 memberikan keputusan positif palsu.

 

Ujian palsu itu dikatakan dibuat supaya pelajar tidak perlu hadir ke sekolah.

 

Satu video yang dimuat naik pemilik akaun @missleanne1 menunjukkan jus itu dituangkan pada kit ujian pantas Covid-19 dan menghasilkan keputusan positif.

“Siapa sangka, jus anggur hitam yang diletakkan pada kit ujian pantas Covid-19 memberikan keputusan positif. Anda boleh berterima kasih dengan saya,” tulis kapsyen pada video tersebut.

 

Sehingga kini, video itu sudah ditonton lebih daripada 500,000 kali.

 

Sebuah sekolah dikatakan telah memberikan amaran kepada para ibu bapa bahawa anak-anak mereka mungkin terlibat dengan trend tersebut.

 

Selain itu, sekolah Gateacre di Belle Vale, Liverpool menulis e-mel kepada ibu bapa minggu lalu dan meminta agar pemantauan rapi dilakukan ke atas anak-anak mereka.

 

“Ingatkan anak-anak anda bahawa keputusan pada kit ujian pantas yang memberikan hasil positif perlu disusuli dengan ujian tindak balas rantaian polymerase (PCR),” tulis e-mel itu.

Sumber Gambar: The Sun

Post a Comment