Pelajar Malaysia Di Manchester Koma & Kritikal Dilanggar Bas Ketika Berbasikal – Manis Madu
Pelajar-Malaysia-Di-Manchester-Koma-&-Kritikal-Dilanggar-Bas-Ketika-Berbasikal

Pelajar Malaysia Di Manchester Koma & Kritikal Dilanggar Bas Ketika Berbasikal

Sekitar 28 Disember lalu kira-kira jam 4.25 petang, seorang pelajar Malaysia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan.

Rusholme

Menurut Manchester Evening News Nur Izzah Mohd Shokri, 20 sedang berbasikal sebelum dilanggar sebuah bas di Wilmslow Road, Rusholmen.

Menurut satu kenyataan pejabat Education Malaysia-London, rentetan daripada kejadian tersebut, Nur Izzah dilaporkan mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan telah menjalani pembedahan dan kini dirawat di Salford Royal Hospital.

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga telah memaklumkan insiden tersebut kepada keluarga pelajar terbabit.

 

Khabar duka itu juga turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dan mendoakan kesembuhan mangsa. Perkara itu juga dikongsikan mereka di sosial media masing-masing.

 

Dalam perkongsian sepupu mangsa yang dikenali sebagai Hafiz Borkhan, dia memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat Nur Izzah. Menerusi update terbaru, remaja berkenaan kini berada dalam keadaan koma dan bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.

Madu doakan semoga Nur Izzah kembali sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

Post a Comment