Pelajar Tawar RM200 Upah Buat Assignment, Pengarah Animasi Gesa Pensyarah Ambil Tindakan! – Manis Madu
Pelajar Tawar RM200 Upah Buat Assignment, Pengarah Animasi Gesa Pensyarah Ambil Tindakan!

Pelajar Tawar RM200 Upah Buat Assignment, Pengarah Animasi Gesa Pensyarah Ambil Tindakan!

Bergelar pelajar universiti, sudah menjadi lumrah bergelut menyiapkan tugasan (assignment) yang diberikan oleh pensyarah. Tidak kira jurusan apa yang diambil, dari universiti mana sekalipun, jika bergelar pelajar universiti itu adalah beban tugas menanti.

 

Tugasan ini tidak diberi sekadar suka-suka, jauh sekali untuk menyusahkan atau membebankan pelajar tetapi ia bertujuan untuk menilai prestasi serta tahap pemahaman mereka.

 

Baru-baru ini, satu perkongsian daripada seorang pengarah animasi dikenali sebagai Ayie Creatvtoon agak mengejutkan apabila dia menerima tawaran daripada seorang pelajar untuk melakukan tugasannya.

Difahamkan pelajar berkenaan mahu mengupahnya bagi melakukan assignment yang telah diberikan pensyarah. Lebih teruk, tawaran harga yang diberi tidak masuk akal dengan kos sebenar hasil kerja tersebut.

 

Tambah Ayie, dia mendakwa bukan dia seorang sahaja yang menjadi ‘mangsa’ pelajar itu. Ternyata ramai yang sudah terkena dengan pujuk rayu yang sama!

 

“Okay, aku ingat malas nak layan budak ni. Tapi rupa-rupanya satu Malaya (Malaysia) dia contact untuk buatkan rigging character untuk assignment dia dengan harga sampah.

 

“So, ada baiknya kau berhenti je belajar adik. Tunggu orang masuk minang. Mohon lecturer ambil tindakan terhadap pelajar-pelajar sebegini!” tulisnya.

 

Difahamkan, harga yang ditawarkan oleh pelajar berkenaan adalah sebanyak RM200 untuk hasil kerja bernilai RM3, 000. See the different!

 

Dia pada masa yang sama, sempat memberikan nasihat kepada pelajar ini dan berharap agar pensyarahnya mengambil tindakan atas apa yang telah dilakukan olehnya.

 

“Aku memang tak terima orang macam ini dalam industri. Jenis macam ini la yang merosakkan industri. Awak silap orang adik, lain kali study dulu siapa awak approach,” tambahnya lagi.

 

Sepatutnya sebagai seorang pelajar, tugasan seperti ini adalah proses belajar dan pengalaman. Bagi Madu, ia bukan soal harga dan kos semata-mata tetapi nilai integriti sebagai seorang pelajar!

Post a Comment