Suami Risau Penutup Tupperware Isteri Berlubang, Netizen Tawar Buat Crowd Fund – Manis Madu
Suami Risau Penutup Tupperware Isteri Berlubang, Netizen Tawar Buat Crowd Fund

Suami Risau Penutup Tupperware Isteri Berlubang, Netizen Tawar Buat Crowd Fund

Sebut sahaja bekas tupperware, sinonim dikaitkan dengan golongan ibu-ibu atau para isteri.

 

Bekas makanan atau minuman plastik ini menjadi barang berharga buat mereka. Selalu juga kita dengar, jangan rosakkan atau hilangkan bekas plastik tersebut, buruk padahnya (dimarahi atau dileteri).

 

Baru-baru ini, satu perkongsian gambar yang dimuat naik @NabilHussein di laman Twitter menunjukkan dia berdepan detik cemas apabila penutup bekas makanan itu rosak kerana sudah berlubang!

“Mohon sedekahkan al-Fatihah kepada aku,” ciapnya di Twitter.

 

Ciapan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meninggalkan komen lucu di ruangan komen.

 

“Nanti share no account, kita buat crowdfund ye,” tulis @baganmariiii

 

“Doakan saya juga, Tupperware hilang dekat tempat kerja,” kongsi @nblhsnaaa_

 

“Habis la, mohon bersedia dilayan seperti anak pungut. Seminggu mak aku merungut,” kata @durriyah_rahim.

 

Namun, menurut @Nabil_Malaysia, kerosakan pada Tupperware seperti itu boleh ditukar atau membeli penutup baru.

 

“Cube pergi Tupperware punya branch office. Beli penutup tu kat sana. Kalau patah, ada lifetime warranty. Kalau kecuaian sendiri memang kena beli. Boleh beli penutup sahaja, kalau tak silap.

 

“Jangan beli dengan agent sebab dorang takde stock untuk tukar-tukar ni. 2021 tak sure policy dia macam mana tapi worth cuba,” tulisnya di ruangan komen.

Post a Comment