Pelatih Juruterbang Meninggal Dunia Gara-Gara Digigit Nyamuk – Manis Madu

Pelatih Juruterbang Meninggal Dunia Gara-Gara Digigit Nyamuk

Siapa sangka, seekor nyamuk boleh menjadi punca kematian seseorang!

Baru-baru ini dilaporkan, seorang wanita berusia 21 tahun yang merupakan seorang pelatih juruterbang penerbangan komersial telah meninggal dunia selepas digigit nyamuk di Belgium.

 

Memetik laporan BBC, Oriana Pepper telah dikejarkan ke hospital selepas digigit nyamuk di bahagian atas mata kanannya yang kemudian gigitan itu menjadi bengkak dan terkena jangkitan.

Oriana Pepper

Oleh hal demikian, doktor di sana telah memberikan antibiotik kepada Oriana sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah namun dua hari kemudian dia sekali lagi dikejarkan ke hospital selepas jatuh pengsan secara tiba-tiba.

 

Wanita malang ini kemudiannya disahkan meninggal dunia selepa tiga hari dirawat di hospital gara-gara mengalami emboli septic dalam otak yang menghalang saluran darah akibat daripada bakteria yang dipanggil staphylococcus aureus disebabkan oleh gigitan serangga.

 

Koroner Nigel Parsley yang menyiasat kematian Oriana telah berkongsi kenyataan menyatakan bahawa kematian wanita ini sangat jarang berlaku selepas membuat kesimpulan punca kematian “disebabkan jangkitan serius akibat gigitan serangga di dahi”.

 

“Saya tak pernah tengok kes seperti ini. Ia merupakan salah satu tragedi malang berlaku ke atas wanita muda yang bakal mempunyai kerjaya dan kehidupan yang indah di hadapannya,” ujarnya.

Post a Comment