Pelawak terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia – Manis Madu

Pelawak terkenal, Abam Bocey Meninggal Dunia

Pelawak terkenal daripada kumpulan Bocey, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey telah dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi di kediamannya di Gombak.

 

Rakan rapatnya, Fad dan Acey menerusi laman media sosial Instagram juga telah mengesahkan berita pemergian Abam Bocey.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FAD & SYAHEERA (@fadbocey) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Pemergian Abam Bocey disedari oleh isterinya, Nor Hidayah apabila cuba mengejutkan Allahyarham untuk bangun solat subuh tetapi tiada respon daripada Allahyarham.

Abam Bocey dikatakan mengalami demam panas dan kurang sihat sejak dua hari lalu, tetapi tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Kumpulan Bocey selain daripada Allahyarham Abam, terdiri juga daripada Fad dan Acey.

Semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi pemergian Abam Bocey. Al-fatihah.

Post a Comment