Persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu dikenang selamanya – Manis Madu

Persembahan terbaik Anugerah Juara Lagu dikenang selamanya

Maduners sekalian! Beberapa hari lagi tinggal untuk AJL yang ke 34  pada hari Ahad ini!! Haaa adakah Maduners bersedia untuk melihat persembahan artis kegemaran Maduners? Mari kita imbas kembali persembahan terbaik yang memukau Maduners sekalian!

2014 Mojo & Caliph Buskers – “Romancinta”

Sumber Gambar: Berita Harian

 

Persembahan mereka memang terbaik dan berjaya memenang hati peminatnya dengan lagu “Romancinta”. Mereka memenangi persembahan terbaik pada malam itu.

2016 Kumpulan Khalifah – “Hang Pi Mana”

Persembahan kumpulan Khalifah mendapat sambutan hangat daripada peminat mereka. Mereka telah memenangi persembahan terbaik dengan lagu mereka “Hang Pi Mana”.

2017 Altimet – “Amboi”

Sumber Gambar: TV3 Malaysia Official Youtube

 

Altimet dengan Lagu “Amboi” telah berjaya mendapat anugerah di AJL pada malam itu.

 

Lagu tersebut mendapat sambutan hangat daripada kalangan rakyat Malaysia sebelum ini. Apabila lagu ini di persembahkan secara langsung, persembahan Altimet menjadi kenangan yang manis untuk dikenang oleh peminatnya.

2018 Sufian Suhaimi -Di Matamu

Sumber Gambar: TV3 Malaysia Official Youtube

 

Persembahan yang dipersembahkan oleh Sufian Suhaimi berjaya mendapat anugerah pada malam AJL yang ke 33 dengan lagunya “Di Matamu”. Lagu ini sangat popular di kalangan rakyat Malaysia terutama sekali wanita. Beliau mempersembahkan lagu itu dengan penuh emosi dan menyentuh perasaan hati peminatnya.

Adakah Maduners tidak sabar menanti persembahan artis kegemaran anda? Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung pada hari Ahad ini! Selamat menonton semua!

Post a Comment